Pada:
Selasa, 1 Jun 2010


"Mereka dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu dan empat hari kemudian, mereka dibenarkan keluar dari hospital. Tidak lagi dikenakan drip dan mereka dah boleh minum susu. Walaupun dah empat hari, saya tidak boleh keluar dari rumah," katanya.Nadia yang sedang mengambil cuti sakit berasa hairan bagaimana dua anaknya boleh dijangkiti virus H1N1 itu kerana mereka tidak dibawa keluar dari rumah selama dua minggu sebelum itu. Katanya, sanak-saudara pernah datang melawat tetapi mereka tidak dikesan membawa virus tersebut selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
"Pada Ahad lalu, Qaisara mengalami demam panas secara mendadak. Suhu badannya mencecah 40 darjah celsius. Dalam tempoh lima jam kemudian, adiknya Qalis pun kena mengalami simptom yang sama iaitu demam panas secara mendadak, batuk dan selesema. Saya cepat-cepat membawa mereka ke hospital kerana mengesyaki dijangkiti virus H1N1. Bila periksa di hospital, doktor mengesahkan anak-anak saya dijangkiti H1N1," ujarnya lagi.Nadia berkata, pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati dia dan suaminya pula tidak dijangkiti virus yang boleh mendatangkan maut kepada pesakit. -mStar
Tag : Anak Artis , Berita Artis , H1N1 , Nadia Mustaffa