Pada:
Jumaat, 19 November 2010



Lengkap bertudung menutupi setiap sudut aurat malah disertai jubah yang indah membaluti tubuhnya, tiada siapa menyangka pada mulanya dialah artis yang penuh kontroversi itu. Melihat sisinya yang lain pada majlis itu, ada yang tertanya-tanya adakah dia sudah mendapat seru untuk ke arah itu ataupun Zarina yang mesra disapa Anjou masih Anjou yang seksi, hanya bergaya mengikut arahan si pereka.

“Saya mengaku penampilan saya hari ini hanyalah sekadar menjalankan tugas saya sebagai model bagi koleksi busana Khadani Sdn. Bhd. Saya mengagumi rekaan Khadani kerana gabungan jubah dan corak batik ini membuatkan si pemakai kelihatan elegan walaupun menutup aurat.
“Malah saya ada berangan andai kata saya mahu bertunang ataupun bernikah suatu hari nanti, saya mungkin akan cuba mencari busana yang sesuai di Khadani. Soal sudah mendapat hidayah atau tidak saya rasa tidak perlulah dibicarakan sebab itu antara saya dengan Tuhan dan saya percaya ianya perlukan keikhlasan tanpa paksaan sesiapa.
"Saya mula memperagakan pakaian Khadani sejak berumur 19 tahun lagi namun, ini adalah pertunjukan fesyen terbesar saya bersama mereka. Mungkin sebelum ini tidak ramai yang perasan. Yalah, bila saya pakai seksi barulah para wartawan lebih perasan bukan? Asal berjumpa sahaja, mesti ditanya tentang imej seksi seperti tiada cerita lain yang mahu dicanang.
“Janganlah tanya tentang saya seksi atau apa. Saya dah muak dengan soalan itu dan saya yakin pembaca di luar sana pun dah tak larat dengar cerita-cerita yang tidak membangun ini," ujar Anjou kepada Utusan.
Tag : Gambar Artis , Gambar Lucah , Tudung , Zarina An Julie