Julia Ziegler 'Bogel' kerana Pierre Andre?

Pada: Isnin, 23 Mac 2009
Julia Ziegler memang tidak asing lagi dalam bidang lakonan. Terbaru Julia sedia untuk 'sesuatu' kepada Andre. Apakah yang dimaksudkan 'sesuatu' itu?

Setiap apa yang dipakai dan dilakukan oleh pelakon dalam filem atau drama pastinya menjadi perhatian penonton termasuklah ‘mini spagheti’ yang tersarung di tubuh aktres Julia Ziegler dalam filem Jangan Tegur yang juga dibintangi oleh Pierre.
Apabila diajukan kepada Julia, gadis berwajah Pan Asian ini mengatakan pengarahnya, Pierre Andre yang memintanya berpakaian seperti wanita ‘urban’.

“Pakaian seksi itu merupakan arahan daripada pengarah sebab saya dan Pierre berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai ‘lifestyle’ British India.

“Jadi, saya perlu kelihatan seperti wanita ‘urban’.

“Saya faham apabila orang kata pakaian saya seksi,” jawab gadis berusia 25 tahun ini.

Namun begitu, adakah dengan hanya memakai ‘mini spagheti’ dan singlet yang mendedahkan lengan dan menampakkan pangkal dada boleh memaparkan ciri-ciri wanita ‘urban’?

Ikutkan, Julia boleh menggunakan pakaian lain yang lebih sesuai dan manis untuk tontonan umum seperti baju tidur ‘pyjamas’ atau baju yang tidak mendedahkan lengan dan dada.

-mStar-

Tag : , ,