Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pernikahan Julia Zeigler (55 gambar HD)

Isnin, 2 Januari 2017


Julia Ziegler selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Johan, 33, pada majlis yang berlangsung pada Ahad semalam.

Julia menerima mas kahwin sebanyak RM80 daripada Johan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Julia dan Johan yang juga seorang jurutera mekanikal berkenalan sejak setahun lalu sebelum pelakon itu membawa lelaki berkenaan bertemu keluarganya pada Aidilfitri lalu. -mStar

Julia Zieglar umum tarikh kahwin..

Khamis, 1 Disember 2016

Pelakon Julia Ziegler akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Julia mengumukan tarikh berkenaan semalam.

“Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru. Siang nikah malam resepsi”

“Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki. Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya,” katanya kepada portal Media Hiburan.

Julia Ziegler umum tarikh perkahwinan

Isnin, 31 Oktober 2016

Julia Ziegler bakal bergelar isteri kepada jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan yang dikenali sejak setahun lalu. Julia mengakui yang dia kini berdebar menanti hari bahagia mereka yang dijadualkan berlangsung pada awal 2017.

Mereka juga sudah pun menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

Inilah kerjaya bakal suami Julia Ziegler

Selasa, 21 Jun 2016

Julia Ziegler mengakui akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini dengan jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, seorang jurutera kimia berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut Julia, pertemuan antara keluarga telah diadakan dan kini mereka sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan,”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.

“Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” ujar Julia. - memetik portal InstaONline

Komen berahsia Julia Ziegler kepada Putri Najuwa (4 gambar)

Ahad, 14 Februari 2016


Isu berbikini Julia Ziegler telah mendapat perhatian orang ramai. Namun akibat daripada itu, Julia juga banyak dihentam oleh nitizen. Dan yang terbaru komen Julia yang cukup 'berahsia' disampaikan terhadap salah seorang akaun yang dikenali sebagai putrinajuwa.

Putri akui dia perasan akan komen-komen yang ditinggalkan Julia di Instagram miliknya.

Julia Ziegler merokok? (3 gambar)

Selasa, 15 Disember 2015

Benarkah Julia Ziegler ni seorang kaki rokok. Memetik portal Forum Cari, tertangkap gambar yang didakwa kelibat Julia disalah sebuah restoran.

Adakah dia atau kembar dia?

Tak kisah dan pelik pakai bra di pulau.. -Julia Ziegler (5 gambar)

Ahad, 4 Oktober 2015

Baru-baru ini Julia Ziegler ada pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu. Namun percutiannya menjadi bualan hangat apabila dia bergambar dan memuatnaik gambar memakai bra di tepi pantai.

Namun buat Julia, dia tak kisah dan tak merasa pelik untuk berbuat demikian. Punya berani kenyataan Julia ni kan. Huhu

Ini ke kekasih Julia Ziegler (gambar)

Selasa, 14 Julai 2015

Bercakap kepada Harian Metro, Julia Ziegler mengakui yang beliau kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang rakan lama yang sudah dikenali selama sembilan tahun namun belum mempunyai apa apa perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Julia Ziegler akui Malaysia banyak korup (video)

Rabu, 25 Mac 2015

Dengarnya Julia Ziegler ada memberikan satu jawapan dimana jawapan berkenaan berkaitan dengan Negara. Video yang diambil itu dikatakan mempunyai 55 soalan spontan dan ianya dijawab dengan baik oleh Julia.

Soalan berkaitan Negara itu dikatakan sendiri oleh Julia pada minit durasi 2.14-2.30. Korang dengar je la kata dia ni.

#Panas,cantik,banyak Korup,dan my hometown

Julia Ziegler digosipkan tidur dengan produser!

Jumaat, 27 Jun 2014


Menurut laporan MAlaysianDigest, Julia Ziegler mengakui memang mengenali dua orang produser. Kaitannya dengan produser ini adalah, dia digosipkan tidur dengan salah seorang daripada mereka untuk mendapatkan tawaran berlakon drama.

Namun Julia menafikan tuduhan jahat itu, bahkan Julia sendiri tidak terkejut kerana sudah terbiasa dengan gosip liar yang sering melanda dirinya sebelum ini.
"Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka?

"Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yang di dakwa itu fitnah.

"Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya.

"Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya"

"Allhamdulillah, rezeki saya tak putus. Tapi tak dinafi tahun ni banyak pula kontroversi yang mengaitkan saya. Lepas satu.. satu. Mungkin ada orang yang kurang senang sebab melihat hidup saya lebih baik daripada mereka. Tapi tak mengapalah. Paling penting saya bahagia dengan hidup saya dan keluarga kenal siapa saya. Itu sudah cukup.

"Saya pun tak perlu nak ambil tindakan apa-apa terhadap mereka ini kerana saya percaya akan karma. Saya percaya setiap perbuatan itu ada balasannya. Balasan Tuhan itu lebih besar, jadi saya taak perlu berbuat apa-apa", -Julia

Julia Ziegler tidak beradap dan berlagak diva?

Khamis, 29 Mei 2014

Menurut laman forum Cari, Julia Ziegler dikatakan sombong dan berlagak seperti Diva yang didakwa seorang tuan rumah dimana rumahnya dijadikan set lokasi pengambaraan drama.

Tambahan forum itu lagi, Julia tidak memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah berkenaan serta mukanya tidak manis dipandang.

Selain itu, pengarah drama berkeaan terpaksa memohon maaf secara pribadi kepada tuan rumah itu untuk mewakili Julia yang ketika itu tidak tahu apa yang terjadi diatas sikapnya.

Anak tuan rumah itu sempat memberikan 'hint' di dalam laman sosial Twitter mengenai hal yang terjadi.

Julia Zieglar nafi mabuk di Australia

Jumaat, 2 Mei 2014

Kecoh beberapa hari lalu, apabila sebuah akhbar tempatan mendakwa ada seorang selebriti tempatan berkacukan Melayu-Inggeris telah mabuk dan menjerit-jerit  di tengah jalan raya dan di dalam restoran di Australia.

Gosip ini telah  menimbulkan spekulasi dan andaian dimana artis berkenaan adalah  Julia Ziegler. Julia yang memetik laman sosialnya, menyangkal itu adalah dirinya, dan mengakui walaupun masih nakal tapi tidak sampai ke tahap mabuk dan menjerit-jerit.

Gambar Julia Ziegler terkini. aisehmen...

Sabtu, 22 Februari 2014


Dengarnya Julia Ziegler kini sedang menunggu pinangan seorang jejaka bertuah yang juga teman rapatnya.

Kata Julia Ziegler, kekasih hatinya seorang yang sangat memahami kariernya sebagai seorang model dan pelakon.

Namun Julia Ziegler enggan mendedahkan lebih lanjut bagaimana mereka mula bercinta dan siapa lelaki berkenaan.
“Kami bergelar kekasih kurang daripada setahun, tapi kenal dah lama, sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.”

“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Cuma doakanlah yang terbaik untuk saya.” -Julia Ziegler. gambar Ohbulan

Gambar Seksi Julia Ziegler?

Khamis, 21 November 2013

Bila lah agaknya Julia Ziegler nak kahwin dan menjadi isteri kepada orang ni. Belum ada bunga-bunga lagi menceritakan dia bercinta bahkan bergambar dengan kekasihnya langsung tidak kelihatan. Takpe lah, kita doakan agar jodoh dia dekat ok.

Ini gambar terkini Julia yang dikatakan agak seksi sedikit oleh sebuah blogger. Seksi part mana, yang tu admin tak perasan pula. Sesiapa mata tajam tu, boleh nyatakan kat bawah ni ek. hekhek.











Julia Ziegler Akhirnya Hamil/Mengandung!

Jumaat, 5 April 2013

Julia Ziegler dah hamil ke? tak da angin ribut nikah ke kahwin ke, tetiba sahaja disahkan hamil/mengandung. Tak ke menjadi pelik terbeliak. haha. Namun masih merasa ragu-ragu dengan berita ini apabila beberapa keping gambar Julia hamil telah tersebar di media-media tempatan.

Rupanya bukan hamil betul-betul, dia cuma mengayakan pakaian/baju ibu mengandung daripada syarikat Dynas Mokhtar, http://dnabydynas.com/ Tak tahu macamana perut dia seakan-akan hamil/mengandung, pakai bantal kot. Keh keh.


Julia, Sakinah Gaduh Lagi?

Jumaat, 22 Februari 2013

Laman sosial kadang kala boleh menjadi tempat pergaduhan cara halus mengikut teknologi masa kini. Tidak ketinggalan juga selebriti kita bergaduh di alternatif seperti ini.

Julia Ziegler dikatakan bergaduh dengan Sharifah Sakinah (adik kepada Sharifah Shahirah) dilaman Twitter. Tidak tahu isu apa yang mereka gaduhkan, namun mengikut sumber, mereka bergaduh kemungkinan kerana hal yang sudah berlalu 2 tahun lalu.

Hal itu adalah ketika tahun 2011 dahulu dimana Julia dikatakan menyerang Sharifah Shahira ketika di majlis resepsi Norman dan Memey kerana marah dengan tindakan Sakinah. Ketika majlis tersebut, Julia meninggikan suara kepada Shahira serta menyerang dengan kata-kata kurang enak di mana melibatkan agama dan keluarga.

Punca perbalahan itu meletus apabila Sakinah memberitahu yang Gambit mendesak atau menyuruh Sakinah mengorek prihal Julia, sehinggakan Gambit sendiri pula memberitahu kepada Julia. Dan Julia berang sampailah kepada Twitter yang dibawah ini.  Wallahualam.

Pelakon Baru, Kristina Chempaka

Khamis, 7 Julai 2011

Siapa empunya nama Kristina Chempaka yang memiliki paras rupa yang boleh tahan juga ni erk. Mengikut daripada perkembangan terbaru mengenainya, dia seorang pelakon utama untuk Sentuhan Isabella. Sekaligus mengenepikan Diana Danielle (pembantu pelakon utama) dan Julia Ziegler, Mislina Mustaffa dan Zamarul Hisyam. Memang hebat lah kalau macam itu. Mungkin pengarah untuk Sentuhan Isabella, Osman Ali nak menegahkan lagi bakat-bakat baru ni. Ya la, nanti orang bosan pula lihat pelakon itu-itu sahaja. Mahu juga yang fresh dan cute. Hehe.

Julia Ziegler suka mandi wajib sebab??

Rabu, 17 Februari 2010

Julia Ziegler, 26, yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul Crayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Julia akui dengan membuat filem ini adalah untuk tujuan amal semata-mata selain menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini. Selain itu, dia memberitahu sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.

"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia. -mStar

Julia Ziegler ditawar Berlakon Lucah

Isnin, 27 Julai 2009

Julia Ziegler seorang pelakon yang memiliki kacukannya tersendiri. Semenjak dua ni, pelakon ni jarang berlakon, almaklumlah pergi Goergia, Amerika Syarikat menziarahi kampung halaman bermula dari 20 April 2009 sehinggalah balik ke Malaysia pada belasan Julai 2009. Bagaimana pun semasa berada di negara itu, Julia menerima pengalaman berharga dimana dia turut ditawarkan untuk berlakon. Tetapi Julia terpaksa menolaknya kerana bimbang dirinya menjadi mangsa sindiket penerbit filem porno.

Melalui seorang kawan rapatnya, Julia diperkenalkan kepada sebuah syarikat yang kononnya mempunyai projek khas untuk diberikan kepada Julia. Syarikat berkenaan bersetuju untuk membayarnya sebanyak USD50,000 atau bersamaan RM175,000 dengan syarat Julia harus bersetuju memakai bikini/bra dan akan dibawa ke California (untuk tujuan yang tidak diketahui). Bagaimana pun selepas berasa curiga dengan tawaran itu kerana bimbang ada maksud tersembunyi, Julia terpaksa menolak pelawaan itu. (Mungkin Allah SWT memberikan hidayah kepadanya disaat dia diberi dugaan ditawar seperti itu)

Gambar Julia Ziegler Ketika Sekolah Menengah

Ahad, 26 April 2009

Memang tidak dinafikan, saat-saat indah waktu remaja adalah di bangku sekolah. Begitulah juga yang terjadi kepada Julia. Memang waktu itu, nak bawa kamera pun menjadi satu kesalahan, nasiblah rakan-rakannya ni amik gambar sorok-sorok dengan menggunakan kamera filem. Tu lah sebabnya yang kawan dia sorang nie amik semua post kat gambar ni (paling depan). Julia juga pernah akui, dia dahulu seorang yang tomboy di sekolah. Tapi siapa sangka dia sekarang popular dan terkenal sebagai pelakon serba boleh. Syabas Julia.