Nurul Syuhada Dan Dr. F akan Bertunang?

Pada: Isnin, 23 Mac 2009
Itulah berita yang disampaikan seseorang baru-baru ni mengatakan pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada, 25, dah nak bertunang.

Menurut khabar angin itu Nurul sedang mengintai beberapa barang keperluan untuk majlis pertunangan nanti. Khabarnya sampai nak pergi Bandung sebab nak cari barang yang boleh dibuat hantaran.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki bertuah yang bakal menjadi calon suami Nurul tu kan? Siapa lagi kalau bukan angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Memang padan pun mereka berdua. Nurul baik orangnya dan Faiz pun berbudi bahasa. Eloklah kalau jadi suami isteri.

Menurut si pembawa khabar itu lagi, Nurul dan Faiz akan bertunang dalam tahun ini juga. Bertunang pun katanya tak lama lepas itu terus kahwin. Petang Selasa lalu Nurul ditelefon sebab nak tahu bilakah tarikh pertunangan mereka?

Dengan nada yang agak malu-malu kucing, Nurul menafikan mereka akan bertunang pada waktu terdekat. Sebaliknya dia tak menolak sedang buat perancangan ke arah itu.

“Tak ada tarikh yang sesuai lagi. Baru berangan-angan nak buat majlis tunang. Semuanya masih belum rancang sepenuhnya lagi. Kursus kahwin pun belum pergi lagi,” kata Nurul.

Apa-apa pun Nurul mengaku buat masa ini dia memang berkawan rapat dengan Faiz dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Kesimpulannya kira dia dan Faiz tengah bahagia.

Tapi Nurul berjanji kalau mereka jadi bertunang dia tidak akan menyembunyikan perkara itu. Cuma sekarang ni kedua-dua mereka agak sibuk. Nurul pun selalu juga out station untuk membuat laporan program Majalah Tiga.

Faiz juga sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Nurul juga memberitahu selain bertunang, dia juga sedang merancang nak sambung belajar. Insyaallah katanya kalau tak di luar negara mungkin di dalam negara sahaja.

Mudah-mudahan hubungan Nurul dengan Faiz terus bahagia dan menjadi suami isteri yang romantik gitu. Tentu peminat Nurul dan Faiz pun suka dengar berita ni.

-Utusan-

Tag : ,