Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kandungan Isteri Pierre Andre Digugurkan!

Rabu, 15 Januari 2014

Ini berita sedih yang kami terima melalui portal Utusan dimana isteri kepada pengarah, Pierre Andre iaitu Siti Nur Hidayah telah mengalami musibah iaitu dia mengalami keguguran kandungannya yang berusia 3 bulan.

Pierre difahamkan tabah dengan berita ini walaupun tidak menjadi ayah pada tahun ini namun bersyukur isterinya tidak mengalami apa-apa kesan.
"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," -Pierre

Lagi Gambar Syamsul Yusof Berjubah

Rabu, 25 Disember 2013

Memang ramai yang agak terkejut melihat penampilan Syamsul Yusof yang kini dikatakan dekat dengan agama. Dengan berani berpakaian jubah putih, tak semua lelaki muslim berani untuk memakainya. Kawannya yang juga pengarah filem, Pierre Andrea juga sudah lama memakai pakaian ini ketika majlis ilmu dan agama aka usrah.

Mungkin ini lah petanda dimana filem selepas ini arahan Syamsul mungkin berkisar agama dan seumpamanya bagi mencari rezeki halal dan jalan cerita yang dapat membimbing penonton.

Penampilan Terbaharu Syamsul Yusof?

Isnin, 16 Disember 2013

Ada kah ini penampilan dan kehidupan Syamsul Yusof yang terkini dengan menampakkan dirinya seperti sudah mendekati ilmu agama. Kalau betul, baguslah seperti itu, Ustaz Azhar Idrus sepertinya juga memberikan sedikit panduan dalam menjalani kehidupan bersama Islam.

Pierre Andrea juga ikut sama, mungkin ini pendekatan usrah yang diikuti oleh Syamsul sendiri kot untuk bersama-sama Pierre menjadi redo Allah.

Politik Dalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Terjawab

Khamis, 5 Disember 2013

Filem pertama lakonan gandingan pelawak Shiro dengan Ustaz Azhar Idrus menerusi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Admin ada pergi menonton filem ni Jumaat lalu, kat dalam panggung tu tak sampai 20 orang yang tengok.

Tapi sebab nak lihat penampilan Shiro ni, jadi admin pergi lah menonton. Lihat punya lihat, memang lawak juga, tapi babak terakhir sepertinya ada sedikit unsur2 politik.

Bab2 politik ni, admin tak nak campur, kang ramai yang hantam admin pula kan. Memang banyak persoalan filem yang mengaut untung RM1.4 juta (4 hari), antara persoalan2 yang dijawab oleh laman rasmi Metro Wealth Picture adalah:
1. Bayaran Ustaz Azhar Idrus Bayaran yang diberi berpatutan mengikut nama Ustaz Azhar Idrus itu sendiri. Kami ingin memasukkan seberapa tinggi nilai komersial yang boleh di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan bukan kesalahan Ustaz Azhar Idrus untuk menerima bayaran tersebut kerana ianya adalah setimpal dengan imej Ustaz Azhar Idrus yg mampu memberi aura kepada filem tersebut dan ternyata aura tersebut ada dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Sebagai bukti 4 hari filem Ustaz Mu Tunggu aku Datang ditayangkan, ianya telah berjaya mengutip RM1.4 juta.

2. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menjadi bahan politik. Isu ini adalah sensitif jika dibincangkan. Namun sewaktu menjalankan pengambaran, tak terlintas oleh kami bahawa filem ini dibuat untuk mana-mana pihak. Ia hanya dakwah untuk semua.

3. Komedi di dalam Dakwah. Komedi adalah satu elemen yg boleh menarik mnat semua orang. Semua suka komedi dan ketawa. Kami yakin Ustaz Azhar Idrus adalah calon yang sesuai berdasarkan imej beliau yang berdakwah secara santai. Bayangkan jika filem dakwah ini disampaikan secara seram/aksi, bukan mudah untuk para penonton menerima dakwah & mesej yang ingin disampaikan. Komedi juga subjektif bagi setiap individu. Ada yang komedi ringan pun dah gelak macam bumbung nak jatuh tapi ada pula yang buat lawak sampai bumbung jatuhpun takkan gelak. Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan dapat diterima oleh para penonton.

4. Serangan peribadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Tindakan yang tak wajar diluahkan di media sosial. Ustaz Azhar Idrus adalah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama. Sekiranya kita tak suka pada peribadi & perwatakan ustaz pun, tak sepatutnya kita cakap camtu. Kami anggap nie satu serangan peribadi kepada ustaz. Namun satu keperibadian yang tinggi pada Ustaz Azhar Idrus yang patut dipuji apabila tidak membalas balik apa yang dikatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Gambar Pernikahan Pierre Andre, Hidayah

Ahad, 23 Jun 2013

Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi 23 June 2013. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.

Nurhidayah (Yaya) menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Pierre menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.


Pierre memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.

Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.

-sumber MalaysianDigest | gambar BuahMulut - mycutemoment.com - KatakComel

Pierre Andre
Pierre Andre

Pierre Andrea Nikah Ahad Ini

Jumaat, 21 Jun 2013

Pengarah filem, Pierre Andre dikhabarkan akan bernikah dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim pada 23 Jun ini, sekaligus menjadi suami isteri yang sah setelah mengikat tali pertunangan selama 4 bulan lebih.

Mereka akan dinikahkan di Masjid al Ikhlas, Taman Melawati, Selayang jam 1 tengahari bersamaan sebelum waktu Dzohor.
"Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.

"Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur,

"Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja,

"Insya-Allah kita akan jemput (Yana Samsudin - mantan kekasih) tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya," -Pierre. mStar

Azhar Idrus Berlakon Dalam Filem P. Andre

Jumaat, 26 April 2013

Dulu ada sebuah ceramah perdana dimana telah dijemput penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UIA). Dan hostnya adalah Pierre Andre. Dari situ Pierre ada membuat satu tawaran untuk UAI untuk berlakon dalam filem/drama arahannya.

Akhirnya, UAI setuju untuk berlakon dalam file Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bergandingan dengan kumpulan MaharajaLawak, Shiro. Dan ini bukti UAI di dalam set lakonan berkenaan, yang dikhabarkan dibuat di sekitar Kuala Terengganu. -Sumber MiG




Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Jumaat, 8 Mac 2013

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


Video Bersama Tunang Pierre Andre

Khamis, 28 Februari 2013

Pengarah, Pierre Andre yang sudah bertunang dengan gadis pilihannya pada 9 Februari bernama Nurhidayah telah diwawancara oleh wartawan MiG baru-baru ini. Video yang dimuatnaik pada 19 Februari itu memperlihatkan kedua-duanya hadir di sebuah majlis anjuran MiG.

Memang kelihatan manis dan menawan sekali tunang Pierre ni.  Mereka berkenal selama setahun dan dalam perancangan akan bernikah pada bulan Jun 2013 nanti.

Pierre Andre Sudah Bertunang

Ahad, 10 Februari 2013

Tahniah kepada pelakon Pierre Andre diatas pertunangannya semalam, 9 Februari bersempena tahun baharu Cina dengan pasanganya yang berasal dari Johor bernama Nurhidayah.

Ibu kepada Pierre, Khatijah Tan juga kelihatan sebagai tanda gembira bakal mendapat menantu tidak lama lagi. -gambar MiG

Cara Pierre Anrea Sambut Tahun Baru

Rabu, 2 Januari 2013

Sambutan hari tahun baru Masihi memang banyak cara dan ragamnya, ada yang cara Islamik ada juga bukan cara Islamik. Tidak ketinggalan pelakon, Pierre Andre menyambut sambutan tahun baru masihi dengan cara ceramah atau soal agama dengan para ustaz-ustaz, majlis berkenaan berlangsung di Selangor yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan beberapa orang ulama lainnya.

Pierre Andre, Eizlan Yiusof jumpa Ust. Azhar

Khamis, 20 Disember 2012

Inilah dia yang dikatakan semangat di dalam mencari sinar hidup. Pierre Andre yang berkopiah putih dengan Eizlan Yusof serta isteri sempat bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus dengan memperkena teh tarik hangat. Mungkin pertemuan ini adalah untuk meminta padangan Ustaz mengenai persoalan dalam kehidupan mereka. Gud work.


Pierre Andre Akui Masuk Jemaah Tabligh

Selasa, 20 November 2012

Ucapan Pierre Andre ketika majlis ASK 2012 minggu lalu ada lah ucapan yang mengejutkan dimana dia menyampaikan buat pertama kali dalam bentuk Islamik.

Gara-gara daripada ucapan itu, dia mendapat pujian yang tidak terkata melalui laman sosial mahupun pribadi.

Namun difahamkan mengikut akhbar Kosmo, Pierre mengakui yang dirinya kini mendalami ilmu agama dan sering mengikut jemaah tabligh.
Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh (jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang). Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," kata Pierre.

Kekasih Pierre Andre keluarga diraja Terengganu

Selasa, 23 November 2010

Pierre Andre mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu. Hubungannya dengan wanita berusia 23 tahun itu terjalin sejak dua tahun lalu tetapi menjadi semakin rapat sejak setahun lepas. Pierre berkenalan dengan wanita itu tanpa mengetahui latar belakang sebenar dirinya. Waktu berkenalan dengannya, wanita berkenaan bekerja dalam sektor perbankan.

Hubungan Pierre dan wanita berkenaan terjalin atas dasar keserasian dan keikhlasannya menerima diri Pierre. Manakalan, perwatakan dan sikapnya yang rendah diri dan ringkas itu membuatkan Pierre langsung tidak sangka latar belakangnya dari keluarga diraja sehinggalah selepas setahun mengenalinya. -mStar

Kembalilah pada ku oh Yana -Pierre Andre

Rabu, 3 Mac 2010

Pertama kali muncul di sidang media setelah sekian lama hilang dalam industri perfileman, Pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dengan ikhlas menyuarakan hasrat hati untuk kembali dan berbaik semula dengan bekas kekasih hatinya, Yana. Meluahkan kekecewaannya apabila Yana tiba-tiba menghilangkan diri daripada Pierre dan keluarganya. Namun Yana memang mahu menghilangkan diri daripada Pierre.

"Memang saya sengaja menghilangkan diri namun apa yang saya buat bersebab. Saya tahu dia telah kembali dalam industri dan kami pasti akan berjumpa juga nanti. Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan keadaan ini.
"Kami rapat semula selepas saya mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta dan saya rapat dengan family Pierre. Saya tak marahkan dia tapi saya tak mahu keliru dengan perasaan sendiri. Bagi saya masa berfikir dan biar keadaan tentukan segalanya. Saya tak mahu ada kekangan antara karier dan masalah peribadi.' ujar Yana. -ManggaOnline

Yana Kurangkan Bersenam Dengan Kerap

Khamis, 8 Oktober 2009

Tidak dinafikan apabila diri menjadi figura awam, penampilan diri tentunya akan dititikberatkan. Jika terdapat sedikit perubahan, pasti akan ada yang menegur. Begitu jugalah empunya diri Norliana Samsudin atau lebih mesra disapa Yana. Gadis berusia 25 tahun ini begitu menjaga penampilan diri sesuai dengan status artis.

Namun yang merunsingkan dirinya apabila berat badan tetap bertambah walaupun tak kerap menjamah makanan.
"Masalah Yana bila penat sangat bekerja, berat akan bertambah. Sekarang pun berat Yana dah naik dua kilo. Simptom berat naik jadi awal tahun.
"Lepas itu masa sesi fotografi dengan majalah Rapi, Yana dapat tips supaya jangan bersenam terlalu kerap dan jangan terlampau memaksa diri ketika bersenam kerana otot kita akan terbentuk. Sebab itulah berat akan naik," ujar gadis tinggi lampai ini dan bekas kekasih Piere Andre ini.

Khatijah Tan Dalam Iklan Yahudi?

Selasa, 7 Julai 2009

Penulis ada tertengok iklan Coke (Coca Cola) yang terbaru yang dilakonkan oleh Khatijah Tan dan juga pelakon-pelakon lain yang kureng dikenali. Sekali tengok memang kelakar dan mencuit hati. Tapi bila memkirkan kembali kisah silam dan terbaru, Coke ni kan barangan Yahudi (isu perang Gaza dah lama dilupakan, disitu orang sibuk memboikot, tapi sekarang?). Dengan gaya slumber jerk Khatijah Tan nih terima tawaran iklan macam tue. Syarikat gergasi, suap jer duit, gerenti mahu ikut punya jalan yang dibagi. So far, u'all jangan berburuk sangka erk dengan Khatijah, maybe dia tak tahu kot, almaklumlah usia dah meningkat, penyakit pelupa makin ada. Ngeh3.

Pierre Andre Tunjuk Isyarat Lucah?

Sabtu, 27 Jun 2009

Belek punya belek di internet, Penulis terjumpa satu gambar yang diperkirakan juga adalah gambar lama, namun kesibukkan mengenai gambar ini agaknya tidak meluas. Penulis tidak tahu nak perkatakan apa, cuma penulis ingin mengatakan adakah perbuatan Pierre ni suatu tindakan spontan atau pun cuma gayanya ketika membintangi watak dalam sesebuah filem. Tapi filem yang mana satu, anda tahu tak? hehe.

Julia Ziegler 'Bogel' kerana Pierre Andre?

Isnin, 23 Mac 2009

Julia Ziegler memang tidak asing lagi dalam bidang lakonan. Terbaru Julia sedia untuk 'sesuatu' kepada Andre. Apakah yang dimaksudkan 'sesuatu' itu?

Setiap apa yang dipakai dan dilakukan oleh pelakon dalam filem atau drama pastinya menjadi perhatian penonton termasuklah ‘mini spagheti’ yang tersarung di tubuh aktres Julia Ziegler dalam filem Jangan Tegur yang juga dibintangi oleh Pierre.
Apabila diajukan kepada Julia, gadis berwajah Pan Asian ini mengatakan pengarahnya, Pierre Andre yang memintanya berpakaian seperti wanita ‘urban’.

“Pakaian seksi itu merupakan arahan daripada pengarah sebab saya dan Pierre berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai ‘lifestyle’ British India.

“Jadi, saya perlu kelihatan seperti wanita ‘urban’.

“Saya faham apabila orang kata pakaian saya seksi,” jawab gadis berusia 25 tahun ini.

Namun begitu, adakah dengan hanya memakai ‘mini spagheti’ dan singlet yang mendedahkan lengan dan menampakkan pangkal dada boleh memaparkan ciri-ciri wanita ‘urban’?

Ikutkan, Julia boleh menggunakan pakaian lain yang lebih sesuai dan manis untuk tontonan umum seperti baju tidur ‘pyjamas’ atau baju yang tidak mendedahkan lengan dan dada.

-mStar-