Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Ika Nabella Bertudung

Isnin, 21 Oktober 2013

Cantik juga melihat Ika Nabella bertudung dan berbaju sopan. Sebelum ni dia dikenali dengan personaliti yang sangat seksi. Tapi penampilannya yang bertudung ni bukanlah perubahan tetap yang dilakukan namun hanyalah untuk Hari Raya Haji yang lalu.

YB Khairy Jamaluddin Tercalon Shout! Awards 2013

Nama-nama besar dalam dunia selebriti pastinya tidak ketinggalan untuk dicalonkan untuk Shout! Awards 2013. Dan yang pasti penganjuran kali ke-4 ini membawa sedikit perubahan dan juga kejutan, seperti pencalonan ahli politik berpengaruh, YB Khairy Jamaluddin untuk kategori SOCIAL MEDIA - Wired Celebrity Award.

Undian peminat akan menentukan pemenang diantara calon yang ada. Anugerah ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 November jam 9 malam dan boleh ditonton melalui saluran 8TV.

Anda boleh mengundi di www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my dari 18 Oktober sehingga 8 November.

Ayah UMNO, Anak PAS - Abby Abadi

Umum mengetahui yang Abby Abadi adalah ahli muslimat parti politik PAS yang lantang orangnya. Namun dalam tak disangka, memetik portal Utusan semalam, ayahnya, Abdul Manan Tadin berusia 78 tahun merupakan ahli UMNO seumur hidup.

Bapa Abby ditemui ketika mengundi untuk pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak semalam.

Gambar Diana Amir, Tunang Umum Tarikh Nikah

Nah betul kan apa admin kata dalam post sebelum ni, Diana Amir akan berkahwin pada 25 Oktober ini. Diana juga membuat sidang media baru-baru ini bersama-sama tunangnya, Mohd Habib mengumumkan tarikh keramat berkenaan.

Hubungan Hanis Zalikha, Hairul Azreen

Sabtu, 19 Oktober 2013

Memetik portal mStar, Hanis Zalikha mengakui menjalinkan hubungan rapat dengan Hairul Azreen. Namun tidak dinafikan Hanis mengakui mereka hanya berkawan sahaja.

Mungkin mahu ke arah bercinta kot memandangkan sifat Hairul yang dikatakan mengambil berat. Tapi Hanis mahu menjadikan Hairul sebagai abang angkat je sebab dia takde abang kandung.

Kalau ada jodoh, tak kemana juga, abang angkat pun boleh jadi bakal suami. :)

Gambar Memey Suhaiza Yang Semakin Ayu

Cantiknya Memey Suhaiza ni, tak sangka i. Memang sepadan lah sangat dengan Abang Norman Hakim kan. Dah jadi keluarga besar dah, Abby dan Farhan juga selalu datang bersilaturahim.

Dah lah bertudung pula tu, apa-apa pun semoga berbahagialah la ye, Puan Memey. :)

Liyana Jasmay Menangis Sebab...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Liyana Jasmay dan pelako muda, Elfira Loy kini dalam usaha untuk mempergiatkan aktiviti promosi produk kecantikan rambut SunSilk bersempena dengan majlis pelancaran produk terbaru Sunsilk Hair Fall Tonic baru-baru ini.

Mereka berdua terpilih disebabkan keremajaan serta cara penampilan mereka yang memang menjadi perhatian ramai. Selain itu juga memetik daripada portal GUA, Liyana Jasmay pernah menangis kerana keguguran rambutnya, setelah lebih kurang 4-5 tahun berlalu selepas berjumpa doktor, masalah kegugurannya dapat diatasi.

Farid Larang Diana Makan Nasi

Menurut laman blog hiburan tempatan baru-baru ini, Diana Danielle ditemui ketika satu majlis perasmian produk coklat Cadbury Dairy Milik “Pick Your Favourite”.

Apabila ditemui Diana kelihatan memiliki badan yang langsing. Jadi dikorek apa rahsia memiliki bentuk badan seperti itu, dan ini jawapan kepada suami Diana, Farid Kamil yang sama-sama menemaninya ketika itu.

Wawa Zainal Akui Bertudung Sementara

Menurut portal SinarHarian semalam, isteri kepada Aeril Zafrel iaitu Wawa yang kelihatan manis bertudung pada sidang media mengenai isu perkahwinan mereka yang menjadi perbualan hangat beberapa hari lalu hanyalah sementara.

Wawa mengakui belum lagi berhijrah sepenuhnya dan masih dalam proses untuk belajar mendekati ilmu agama selaras dengan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

Gambar Raya Haji, Lisa Surihani, Yusry

Lama sudah tak post mengenai Lisa Surihani dengan suaminya, Yusry KRU. Terbaru mengenai mereka adalah ketika Hari Raya Haji @Aidil Adha beberapa hari yang lalu.

Lisa sempat berkongsi gambar Raya mereka ke dalam laman sosial Instagram. Lisa dan Yusry bergambar dengan ahli keluarga mereka kalau tidak silap sambil melawat orang tersayang di hospital.

Keluarga Bahagia Harith Iskander

Khamis, 17 Oktober 2013

Ni la anak-anak Harith Iskander. Yang sulung dan juga yang si bongsu yang baru lahir awal bulan ini. Zander Xayne Iskander dengan Alessandrea Jayne Iskander. Photo yang dimuatnaik oleh Harith memang menarik dan membawa erti yang bermakna.

Gambar Zander dengan Jayne menunjukan kasih sayang seorang anak sulung kepada adiknya. Tagline-nya juga amat cool, 'Abang sayang adik'.. -instagram harithiskander

Cristina Suzane Sudah Bertunang, Kahwin Januari 2014

Dikhabarkan memetik portal mStar yang pelakon Cristina Suzane, 28 tahun, bakal bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya yang juga teman sekolahnya dahulu sehingga diketemukan kembali oleh keluarga kedua-dua pihak.

Mereka akan bernikah pada 22 Januari 2014 nanti di Kuantan Pahang tempat kelahiran Cristina Suzane.

Difahamkan lagi Cristina Suzane sudah bertunang dengan lelak yang enggan diketahui itu pada hari Ahad yang lalu.

Gambar Siti Nurhaliza di Hari Raya Haji

Gambar Hari Raya Haji atau AidilAdha memang ramai selebriti yang memuatnaik gambar mereka ke dalam laman sosial Instagram. Tapi paling menarik pastinya kelibat Datuk Siti Nurhaliza dengan suaminya, Datuk Seri Khalid serta beberapa orang sanak saudara berkumpul bersama-sama di pagi Raya AidilAdha beberapa hari yang lalu.

Kiranya Siti adalah orang paling ceria dalam keluarga besar dia ni, gambar Siti juga paling menceriakan lagi foto-foto yang dimuatnaik oleh dia sendiri. -Instagram ctdk

Gambar Pra Perkahwinan Riz Amin, Fazlina

Inilah dia gambar pra perkahwinan pelakon, Riz Amin dengan wanita pilihanya, Sharifah Fazlina. Cukup cantik juga wanita pilihan Riz ni.

Gambar pra perkahwinan ini diambil di sekitar Putrajaya, jadual pernikahan mereka ada sebulan lagi iaitu pada 15 November nanti. -MediaHiburan

Gambar Anak Sabri Yunus

Ini lah dia anak kepada pelawak terkenal, Sabri Yunus. Dah besar-besar kesemua anaknya. Dengan dua puteri dan seiramg lagi putera. Tagline pun cukup bermakna gitu, 'cucu mak aku'. :)

Aksi Diranjang Maya Karin, Hans Isaac

Rabu, 16 Oktober 2013

Aksi-aksi panas suam ni bukanlah adegan realiti sebenar tapi adalah lakonan mereka berdua diantara Maya Karin dan Hans Isaac untuk filem terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Filem ini adalah berjudul Nota sebuah filem yang mengesarkan tentang suami isteri arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka. Trailer dan gambar-gambar filem berkenaan sudah dikeluarkan awal bulan ini.

Suami Keturunan Syria dan Majlis Akikah Anak Anis Anessa

Dalam tidak disangka, penyanyi lagu Qasidah Cinta, Anis Anessa sudah mempunyai seorang anak bernama Mohd Kaiser berusia 3 bulan dan berkahwin dengan lelaki berketurunan dari Negara Syria.

Suaminya yang mahu digelar MR.K itu bukanlah jejaka yang bertunang dengan Anis pada Januari 2012 yang lalu. Memetik daripada portal mStar, Anis dan suaminya ditemui ketika majlis cukur jambul atau majlis akikah anak mereka itu.

Aksi Pegang Bahu Yuna, Reaksi Peminat!

Yunalis Zarai telah mendapat kritikan hebat dari peminatnya selepas dia memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang penyanyi rap kelahiran Trinidad, Theophilius London di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Imej berkenaan menunjukkan London memeluk bahu penyanyi berkenaan di satu majlis, namun tidak dinyatakan di mana ia diadakan.

Tarikh Pernikahan Diana Amir?

Dengar cerita memetik daripada portal forum Cari, memberitahu pelakon, Diana Amir bakal menamatkan zaman bujangnya pada 25 Oktober ini. Perkara ini masih samar-samar lagi memandangkan Diana belum lagi buat kenyataan rasmi dan diyakinkan Diana membuat majlis ini senyap-senyap.

Gambar Anak Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Sudah seminggu berlalu, akhirnya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah akur dengan asakan demi asakan daripada peminat dan wartawan yang mahu melihat anak mereka itu.

Dan yang pasti kedua-dua pasangan ini telah memuatnaik gambar anak sulung mereka yang bernama, Ahmad Fakharuddin Attar yang berusia beberapa minggu di laman sosial masing-masing sebagai tanda hasil perkahwinan cinta mereka berdua.

Wawa Zainal Sudah Ada Tunang Selepas Ada Anak?

Isnin, 14 Oktober 2013

Memetik daripada sisipan Bharian semalam, Wawa Zainal yang juga isteri kepada Aeril Zafrel kini dilanda kontroversi baru. Dia didakwa pernah bertunang dengan seorang jejaka bernama Abdul Rashid.

Rashid merupakan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah tampil membuat pengakuan setelah melihat kedua-duanya tampil membuat sidang media mengenai kemelut yang melanda.

Dah Popular Tanpa Mamat atau Zalif - Fida

Dengarnya Fida ni menumpang populariti bekas dua selebriti lelaki yang terkenal yang juga bekas teman lelakinya, Mamat Sepah dan Zalif Sidek.

Memetik portal Utusan semalam, Fida didakwa sengaja mencari publisiti murahan dengan bercinta dengan mereka berdua bagi menaikkan populariti dirinya.