Cristina Suzane Sudah Bertunang, Kahwin Januari 2014

Pada: Khamis, 17 Oktober 2013
Dikhabarkan memetik portal mStar yang pelakon Cristina Suzane, 28 tahun, bakal bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya yang juga teman sekolahnya dahulu sehingga diketemukan kembali oleh keluarga kedua-dua pihak.

Mereka akan bernikah pada 22 Januari 2014 nanti di Kuantan Pahang tempat kelahiran Cristina Suzane.

Difahamkan lagi Cristina Suzane sudah bertunang dengan lelak yang enggan diketahui itu pada hari Ahad yang lalu.

"Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.

"Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua,"

"Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti," -Cristina Suzane

Tag : , , , , ,