Pada:
Jumaat, 18 Oktober 2013

Apabila ditemui Diana kelihatan memiliki badan yang langsing. Jadi dikorek apa rahsia memiliki bentuk badan seperti itu, dan ini jawapan kepada suami Diana, Farid Kamil yang sama-sama menemaninya ketika itu.
Saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin. Dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya.Selain daripada itu, difahamkan juga Farid turut menyekat pembelian makanan ringan Diana ketika belajar di Australia yang lalu.
Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi.
Selepas bersalin pun dia tak makan nasi, belum boleh lagi. Tunggulah dalam masa enam bulan nanti.
Amboi bukan main kelas gitu peranan suami kepada isteri, tak boleh makan ini itu sebab nak badan langsing. Kuikui.
Tag : Bentuk Badan , Berita Artis , Cadbury , Diana Danielle , Farid Kamil , Makanan , Suami Isteri