Wawa Zainal Akui Bertudung Sementara

Pada: Jumaat, 18 Oktober 2013
Menurut portal SinarHarian semalam, isteri kepada Aeril Zafrel iaitu Wawa yang kelihatan manis bertudung pada sidang media mengenai isu perkahwinan mereka yang menjadi perbualan hangat beberapa hari lalu hanyalah sementara.

Wawa mengakui belum lagi berhijrah sepenuhnya dan masih dalam proses untuk belajar mendekati ilmu agama selaras dengan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

"Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," -Wawa

Tag : , , , , ,