Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Black, Naquia Bulan Madu di...

Selasa, 24 September 2013

Gambar dibawah adalah gambar bulan madu penyanyi Black Hanifah dengan isterinya, Naquia Yasirah. Lokasinya adalah di sekitar tempat menarik di Pulau Langkawi.

Mereka selamat menjadi suami isteri pada 13 September yang lalu. -Instagram Black Hanifah

Afiq Muiz 'Larikan' RM30,000?

Kecoh apabila Afiq Muiz yang menjadi satu kontroversi satu masa dahulu mengenai isu ibunya kini datang lagi isu yang melanda dirinya iaitu melarikan diri setelah menerima wang pendahuluan produksi RM30,000 dari Global Station Sdn. Bhd.
"Semua dakwaan itu tidak benar. Maaf saya sibuk, saya tidak mahu komen apa-apa," -Afiq
Mengikut cerita dari Utusan itu lagi, Afiq sebenarnya memang menerima wang itu dengan mengikat kontrak dengan Global. Tetapi Afiq direhatkan dari Global kerana isu dia dengan ibunya dahulu.

Setelah redah dan aman isu itu, pengurus Global menghubungi Afiq untuk berlakon semula namun Afiq dikatakan gagal untuk menyambut sebarang telefon dan membalas SMS daripada pihak Global.

Tahniah! Sharifah Sofia Selamat Bersalin Anak ke-2

Tahniah kepada Sharifah Sofia kerana selamat melahirkan anak ke-2 yang juga berjantina perempuan baru-baru ini.

Tidak diketahui nama anak ke-2 Sharifah Sofia ni, yang penting memang kedua-dua anaknya ni comel belaka ikut emaknya juga. :) -instagram SharifahSofia

Johan Belikan Beg RM200k Untuk Ozlyn?

Ini adalah sisipan HariaanMetro edisi 22 September 2013. Dimana menyatakan yang Johan telah memberikan hadiah istimewa berupa bag tangan yang bernilai RM200,000 kepada isteri tersayangnya, Ozlyn.

Ini bermula apabila Ozlyn menunjukkan gambar beg tangan idamanya kepada Johan berjenama Berkin. Kalau nak diikutkan harga setiap bag Berkin memang mahal bapok, ribu dan puluhan ribu sampailah ke ratusan ribu.

Tapi tak pasti betul ke dakwaan sisipan ini yang menyatakan RM200,000 harga sebenar beg tangan itu. Secara logik, memang Johan akan fikir dua kali untuk membelinya. Sebab super jutawan sahaja yang mampu beli bag macam ni. Lainlah kan logiknya beg ni Johan beli dalam lingkungan RM2,000-RM20,000..

Tapi tiada yang mustahil kalau bab sayang-sayangi ni.

Kondo RM2 Juta Hadiah Buat Haliza Misbun

Ha bukan main lagi hadiah harijadi ke-40 Haliza Misbun jah. Kondo bernilai RM2 Juta daripada kekasihnya yang juga seorang jutawan berketurunan Melayu.

Hadiah ini diberikan pada 14 Mac yang lalu ketika sambutan harijadi Haliza. Yang paling musykil Haliza mencintai lelaki ini.

Mungkin sudah tiba masanya Haliza sudah bertemu dengan lelaki idamannya dan seterusnya akan berumahtangga dengan lelaki yang cocok dengan dirinya kan. :) klik untuk besarkan..

Scha Al Yahya Hidap Ketumbuhan Dalam Rahim

Isnin, 23 September 2013

Meskipun bukan kali pertama Shcha Alyahya menjalani pembedahan, debaran tetap ada apabila diusung masuk ke bilik bedah pada 5 September lalu.

Hanya Tuhan tahu betapa terkejutnya dia apabila disahkan mengidap Endometriosis ketika melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sehari sebelum itu.

Tidak terlintas di fikiran sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah itu. Berkongsi pengalaman itu, dia yang pernah mengidap apendiks sepuluh tahun lalu bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal sebelum beralih ke fasa lebih serius.

Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Lentera Timur

Baru-baru ini Dato' Siti Nurhaliza ada membuat persembahan Konsert Lentera Timur yang difahamkan berjalan selama 3 malam berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini adalah konsert dimana mempersembahkan muzik/lagu tradisional dengan diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Tiket dia memang mahal juga dari RM78 sehingga RM518, tapi memang berbaloi lah rasanya, melihat persembahan ini. -Instagram CTDK | rozisangdewi

Gambar Percutian Rita Rudaini di Sipadan

Gambar dibawah adalah gambar percutian Rita Rudaini dengan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, serta Airit Rafqa Arjuna berumur 2 tahun dan juga beberapa orang rakannya ke Pulau Kipalai, Sipadan Sabah dari 17 September sehingga 20 September yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan disana adalah melakukan skuba dan snorkeling. Jom Lihat keindahan pulau ini. :) -Gambar Murai | RitaRudaini.

Jual Pakaian Dalam Rozita Che Wan?

Terkejut juga membaca sisipan Utusan semalam, yang menyatakan Rozita Che Wan atau Che Ta menjual pakaian dalam.

Kisah ini bermula ada seseorang yang mengatakan menjual barang yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta.

Ha paling teruk lagi, bila didakwa ianya barang pakaian dalam yang pernah dipakai oleh Che Ta di dalam set penggambaraan filem/drama.

Rasanya tidak logik jika pakaian dalam yang private itu dilepaskan ketika proses penggambaraan aktiviti filem/drama.

Adakah ini kemungkinan salah satu teknik orang yang cemburu untuk melihat Che Ta dan Zain Saidin berpisah dan berakhir.?

Nor Anggerik Renesmee, anak ke-3 Rabecca Nur al Islam

Tahniah kepada pelakon Rabecca Nur al Islam kerana di beritakan selamat melahirkan anak ke-3 nya di Hospital Gleanegles, Ampang semalam, 2 September kira-kira jam 9.30 pagi.

Bayi seberat 3.74 kilogram itu diberi nama Nor Anggerik Renesmee. Suami, Nor Azam bersama-sama Rabecca selepas dan sebelum waktu bersalin (pembedahan).

Gambar Pernikahan Fouziah Gous, Zahfran

Ahad, 22 September 2013

Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor semalam pada pukul 9.30 malam.

Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan.

Usia Kandungan Nana Mahazan 3 Bulan

Sabtu, 21 September 2013

Nana (Nor Hana Che Mahazan) baru-baru ini mengumumkan dia sedang hamil/mengandung lagi untuk anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Brian. Berita ini sudah pun ramai mengetahui namun ketika itu perut Nana tidak sebesar khabar berita.

Kali ini memetik daripada portal Utusan, usia kandungannya kini sudah mencecah 3 bulan. Nana kini mempunyai anak perempuan bernama Althea Raqeem Brian.

Hafiz Hamidun Ulang Tahun Ke...

Pagi tadi, pengacara dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun sempat mengemaskini status Facebooknya. Di Statusnya itu tertera di mana dia kini sudah berusia mencecah 29 tahun.

Bermaksud hari ini adalah ulang tahunnya ke-29. Syukurlah macam itu, dah besar panjang kan. Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki. Dan juga dapat jodoh yang baik-baik gitu. :)

Yasmin Hani Komen Gambar Hamil Kontroversi

Jumaat, 20 September 2013

Admin dah buang dah post mengenai gambar hamil Yasmin Hani yang dikatakan kontroversi dimana gambar dia hamil 32 minggu sambil dilukis ntah apa-apa di perutnya itu tersebar di internet.

Yang peliknya bila dah terjadi (tersebar), baru nak terhantuk kepala. Ramai yang mengomen mengenai tindakan Yasmin ini seolah-olah dia kurang cermat menjaga hak pribadinya.

Kad Pelajar dan Anak Diana Danielle

Ni adalah kisah Diana Danielle mengenai dirinya yang difahamkan memang sah menjadi pelajar di universiti dekat Australia, NIDA, The National Institute of Dramatic Art. Dimana banyak spikulasi yang menyatakan dia bukan belajar di Australia.

Ini terbukti apabila dia mempamerkan kad pengenalan pelajarnya di laman sosial miliknya. Ditambah lagi gambar anaknya yang terkini, tapi tidaklah 'full' melihat gambar anaknya itu.

Yang menjadi persoalan adalah mengenai mata anaknya itu. Ada diantara pengomen gambar itu memberikan gambaran jelas yang anak itu sepertinya sudah besar daripada biasa memandangkan baru berusia 2 bulan sampai gaduh gitu. Hehe.

siti_syuhaida Sshnya diana nk tunjuk bby dia..kesian pminat2 1d
cthidayah456 Uii besar dah baby u @dianadanielleb 23h
lelamanja11 Budak tu dah besar sgt nampak..bukan ke baru lepas pantang.. 23h
rumpailaut Nampak mate je pon dah bleh tau ke besar sgt? Pffftttt propaganjil je ko no @lelamanja11 22h
mariaoyya @lelamanja11 ko diam ah. Nak buruk sangka la tu 19h
aliaa_anwar @lelamanja11 x semestinya lps pantang baby kena kecik lg.. ni mesti xpnh ada anak lg. Tau ckp ja 12h
ainakira Macam lah BAPAK kau yg bg anak die makan yg kau kesahkan baby die besar. Sedeyhhhhh!!!! Biar laborg tu bahagia ade anak, kau busuk hati betul. 8h

Gambar Sufi Harraz, Anak Anne Ngasri

Anak Anne Ngasri yang terkini bernama Sufi Harraz ni dah berusia nak masuk seminggu lebih. Lihat wajahnya persis ayahnya kan. Sihat dan keadaannya juga memang comel. -Instagram AnneNgasri

Gambar Dayana, Ashraf Berbulan Madu

Walaupun menyedari sudah dimadukan oleh Ashraf Muslim dengan dinikahkan dengan Wan Sakinah di Thailand bebrapa bulan lalu, isteri pertama Noor Dayana sepertinya tidak diabaikan oleh Ashraf sendiri.

Dia dibawa berbulan madu ke pulau Pom Pom, sabah baru-baru ini. Dayana sempat memberikan komen mengenai percutiaannya itu di dalam laman sosial. -gambar BeautifulNara

Tun Mahathir Akan Berlakon Dalam Filem..

portal Mediahiburan semalam menyataka yang bekas PM ke-4 Malaysia, Tun Dr. Mahathir akan membuat penampilan sulung untuk filem tempatan.

Filem berunsur patriotik itu yang diberi judul 'Kapsul' adalah arahan Martias Mohd Ali.

Sesi pengambaraan filem ini akan dijalankan pada bulan Disember 2013 mengisahkan kapsul Wawasan 2020.

Selebriti lain yang turut menjayakannya adalah Faizal Hussein dan juga Shaharuddin Thamby serta pakar motivasi, Irfan Khairi.

Rozita Che Wan Gemar Berbaju Ketat Sebab..

Khamis, 19 September 2013

Ha itu dia, dalam nak kelihatan langsing, ramai orang nak amik jalan pintas nak kuruskan badan dan menyusutkan berat badan.

Tak kisahlah dengan cara mengambil pil, krim dan juga pemakaian khas. Tapi yang bagusnya amalkan bersenam dan makanan seimbang.

Namun lain pula ceritanya kat Rozita Che Wan or Che Ta ni. Dia sanggup berpakaian ketat untuk menjaga berat badannya dalam usia menjangkau 40 tahun ni yakni dengan mengetahui badan naik atau tidak
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," -Rozita Che Wan. mStar

Amy Search Nafi Bangkrap

Semalam surat layangan yang menyatakan penyanyi Amy Search bakal jatuh bangkrap telah mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.

Amy yang dihubungi memetik portal SinarHarian semalam, hanya menyatakan seringkas ini sebagai tanda dia tidak berada di situasi itu..
"Tak, tak"
Tidak dipastikan 'tak' yang dimaksudkan ini, tak mahu komen, atau tak itu bukan saya. Jadi kita ambil pendekatan paling dekat ok, biar bangkrap di dunia, jangan bangkrap di akhirat. :)

Gambar Resepsi Black Mentor

Gambar dibawah adalah gambar resepsi penyanyi Black Mentor dengan isterinya, Naquia Yasirah pada 14 September lalu bertempat di Zebra Square.

Suasana turut diwarnai dengan kehadiran Ahmad Nabil sebagai moderator majlis. Umie Aida, Mas Idayu, Farawahida, Tomok, Iqram Dinzly, Norish Karman dan Ifa Raziah diantara selebriti yang turut memeriahkan majlis. -Gambar Murai

Ella Masih Seperti Dahulu

Wah tak sangka Ella masih lagi mengakui dirinya seperti dahulu. Semenjak menjadi isteri, perubahan pada diri Ella tidak banyak berubah.

Walaupun belum lagi melihat tanda-tanda kehamilannya, namun Ella mengakui masih lagi berusaha ke arah itu.

Dan kadang kala aktif melakukan konsert nyanyian seperti biasa.