Yasmin Hani Komen Gambar Hamil Kontroversi

Pada: Jumaat, 20 September 2013
Admin dah buang dah post mengenai gambar hamil Yasmin Hani yang dikatakan kontroversi dimana gambar dia hamil 32 minggu sambil dilukis ntah apa-apa di perutnya itu tersebar di internet.

Yang peliknya bila dah terjadi (tersebar), baru nak terhantuk kepala. Ramai yang mengomen mengenai tindakan Yasmin ini seolah-olah dia kurang cermat menjaga hak pribadinya.

Memang Yasmin menyatakan itu hak pribadinya dan tidak dimuatnaik di dalam laman sosial intagramnya, namun bagaimana boleh tersebar pula ke internet??

Antara komen yang dipetik melalui laman gosip Cari adalah..
Skymania: pastu meroyan bila tersebar??

ayu_malaya: she said it was for her private collection, therefore she should have kept them private ... no? ramai je kengkawan sy wat mcm ni and they remain private except for frens. siap pesan kat photographer not to use them for their ads or promos.

DeWaveless: masa anak saudara tgkap gmbr tu, bgla warning jgn memandai upload...adoyaiii

housequeesn: apa maksud dia 'koleksi peribadi' tu..? meaning dia dan hubby nya sahaja yg ada gambar2 tersebut but somebody has invaded her privacy dan menyebarkan nya? atau...dia sendiri yg share gambar2 tu dng kengkawan nya yg mana akhirnya tersebar luas or what..?

Rosasa: lain kali bgtau la orang yg ambil photoshoot atau yang terlibat dilokasi tu.. boleh tengok perot i, tapi take picture and upload to insta is HARAM ok !

MawPink:
kita x tau anak sedara dia yang upload gambo tu kat ig atau orang lain
yang tau bukan yasmin hani. mungkin orang yang upload gambar tu x dpt msg dr yasmin yg ni gmbr private

fifieolin: kalo btl2 private camne leh tersebar lak kje anak sedara la tuh.. x amanah... nama sendrik yg musyukkk
Dan ini pula komen Yasmin sebelum dikomen oleh forumer diatas..
"Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya.

“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,

Bagi saya, dah jadi macam satu viral masyarakat kita sekarang ini asyik berfikiran negatif saja. Tak penat ke mereka ini asyik nak buka aib orang lain saja. Kalau mereka baik, hati suci murni, kenapa mereka nak sebarkan perkara ini dan aibkan saya. Mana letaknya hati suci mereka itu.

Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan? Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini

“Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja,” ujar isteri kepada Sha’arin Razali ini lagi.

“Tidak dinafikan suami saya terkejut dengan isu ini namun dia banyak tenangkan saya. Dia cakap jangan layan orang yang berfikiran negatif ini dan biar mereka dengan dosa mereka. Asalkan kita tak buat orang sudah. Apapun, siapa yang buka aib saya, harap mereka tahu dan sedar apa yang mereka dah buat pada wanita mengandung. Mereka dah aibkan saya dan Allah akan balas balik perbuatan mereka.” -Yasmin. GUA

Tag : , , , , , ,