Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Fara Fauzana Waktu Kecil

Khamis, 5 September 2013


Comel juga melihat gelagat Fara Fauzana ni waktu zaman kecil-kecil dahulu.Mata dia bulat besar, sekarang dah kecil dah. Hehe.  Apa-apa pun jom layan, zaman waktu kanak-kanak ke zaman remajanya ini. -gambar myartis.com

Gambar Rita Rudaini Kelihatan Anggun Sekali

Cantik melihat Rita Rudaini untuk sesi photoshot baru-baru ini. Tidak dipastikan photoshot untuk majalah atau media mana. Janji Rita yang kini memiliki pelbagai cabaran hidup rumahtangganya kelihatan riang dan penuh ceria. -gambar instagram Rita Rudaini

Yiu Lin Kini Hamil/Mengandung

Tadi Rabecca nak dikhabarkan akan bersalin, kali ni Yiu Lin pula yang akan bersama-sama mengiringi Rabecca. Tapi bukan dalam masa sebulan dua ni, seperti ni dalam 3 bulan lagi.

Tapi siapa Yiu Lin ni. ha, dia ni lah isteri kepada pemain squash Negara, Azlan Iskandar yang selamat bergelar suami isteri pada awal Disember 2012 yang lalu. Dalam kandunganya itu, memetik portal Murai, berjantina perempuan dan bakal diberikan nama, Zara Aaliya. -gambar Instagram YiuLin

Rabecca Nur Islam Akan Bersalin Pada..

Pelakon, Rabecca Nur Islam akan melahirkan anaknya yang ke-2 tidak lama lagi. Berita ini disampaikan sendiri oleh Rabecca melalui media dan juga laman sosial Twitternya.

Difahamkan ada kurang sebulan lagi sebelum dijadualkan bersalin yakni 23 atau 24 haribulan September nanti. Tahniah diucapkan.

Gambar Ina Naim Kini Berpurdah

Lama sudah kita tidak mendengar berita orang yang satu masa dahulu ada dikaitkan dengan Mawi, iaitu Ina Naim yang kini sudah menjadi isteri kepada penyanyi nasyid Inteam, Suhami Saad.

Perkahwinan mereka kini sudah 6 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah, setahun.

Kini Ina cuma menjadi surirumah sepenuh masa, dan bakal menyanyi lagu nasyid tidak lama lagi hasil daripada sumbangan suaminya sendiri.

Dan yang pasti penampilan Ina juga berubah, yakni berpurdah.
"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," -Ina Naim memetik portal mStar

Alhamdulillah, Kuza Sudah Bertudung

Rabu, 4 September 2013

Wah, Alhamdulillah, kini pelakon Kuza atau nama betulnya Tengku Sariza Tengku Muzani berusia 40 tahun kini sudah memakai tudung sebagai melaksanakan perintah Allah SWT.

Dia mula memakai tudung sejak bulan Ramadan yang lalu memetik portal Murai, kerana sudah bersedia berubah kepada yang lebih baik dalam menjaga aurat.

Bront Palarae Enggan Heboh Kahwin Minggu Lepas

Sepandai-pandai tupai simpan rahsia akhirnya terburai juga perutnya. Hehe. Ni lah yang dikhabarkan pelakon Bront Palarae telah selamat menjadi suami pada minggu lalu.

Namun perkara ini dirahsiakan olehnya daripada pengetahuan media/umum. Yang pelik nya perkara baik dan bagus dimata Agama ini menjadi satu kerisauan bagi Bront untuk dihebahkan.

Mizz Nina Bertudung? Hadiri Kelas Agama.

Dengarnya, Mizz Nina kini sudah bertudung dan suaminya, Noh Hujan sudah banyak mengikuti aktiviti keagamaan.

Ini dibuktikan lagi dengan gambar mereka menghadiri satu kelas kursus Islamik iaitu kursus Albar selama tiga hari bagi memantapkan bacaan al Quran yang dimuatnaik sendiri oleh Mizz Nina melalui laman sosial mereka.

Tapi tidak dipastikan samaada Mizz Nina bertudung untuk jangka masa panjang atau sekadar menghormati kursus itu sahaja. Semoga bertudung terus la yer. :)

Tahniah! Linda Hashim Hamil 2 Bulan

Dikhabarkan yang pasangan suami isteri selebriti, Beego dan Linda Hashim bakal menimang anak tahun hadapan dimana Linda disahkan hamil/mengandung anak sulung mereka dengan usia kandungannya itu adalah 7 minggu bersamaan nak dekat dua bulan. Linda akui yang dia mempunyai kelainan dari segi pemakanan dan juga kesihatannya.

Mereka berdua dinikahkan pada 8 Jun yang lalu di di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju.

Skandal Neelofa di London?


Ini adalah gambar percutian Neelofa di ibukota London pada awal bulan September ini. Mungkin nak berehat panjang setelah aktiviti promosi dan lakonannya untuk filem Hans Isaac Lemak Kampung Santan yang difahamkan filem itu hanya mengaut RM120,000 jauh daripada kos sebenar pembikinannya.

Apa-apa pun tugas Neelofa selesai, jadi apa filem terbaru lakonan Neelofa, tunggu dan lihat. Gambar diatas bukan skandal dia pun, tu patung lilin aktor hollywood, George Clooney yang dipamerkan disana.

Izzue Eva Kecam Bekas Suami

Selasa, 3 September 2013

gambar kenangan Raya 2011

Kecoh juga apabila memetik portal MediaHiburan, Izzue dari kumpulan Eva (Izzudiawaty) meluahkan perasaan bengangnya dengan bekas suaminya yang didakwa memfitnah dirinya.

Suaminya kini tidak dipastikan samaada di penjara atau sekadar dalam permerhatian polis kerana terlibat dengan aktiviti dadah. Dan tambahan lagi, Izzue dan suaminya itu sudah bercerai 4 bulan yang lalu.

Gambar Umie Aida Waktu Kanak-Kanak


Ini adalah gambar Datin Paduka Umie Aida waktu dia zaman kanak-kanak dan remajanya. Untung juga la kan zaman dahulu ada kamera filem yang boleh merekodkan segala masa silam sebagai kenangan.

Sekarang cuma digitial, itu pun orang malas mahu pergi 'cuci' sebab selalu upload kat laman sosial je kan. Hee.

Ayah Johan Akan Pinang Shila Amzah

Hubungan diantara pelakon Johan Asari dan penyanyi Shilah Amzah sudah kelihatan berbunga. Bahkan kedua belah keluarga juga sudah bertemu diantara satu sama lain.

Memetik portal Kosmo! semalam, Johan mengakui akan bertunang hujung tahun ini, namun calonya belum lagi ada, cuma mengandaikan akan menamatkan zaman bujangnya segera.

Dan calonnya pastinya terarah kepada Shila Amzah sendiri. Mengakui Shila mempunyai 4 kriteria pilihan iaitu rupa paras yang cantik, berketurunan baik, memiliki harta dan juga pendidikan agama.

Dan yang paling tidak disangka lagi oleh Johan, ayahnya sendiri mengakui akan pergi segera meminang gadis 23 tahun itu jika Johan betul-betul suka dan serius. Selain daripada ibu Johan dan Shila berkawan rapat sejak dahulu lagi.

Nah, ok sudah tu..Hehe

Hot! Julfekar Sindir Kehormatan Farawahida?

Setelah 3 tahun mereka berpisah atau putus cinta dan tidak mnghubungi antara satu sama lain, kini bekas kekasih kepada Farawahida dan juga komposer lagu, Julfikar telah menulis di dalam laman sosialnya dengan bunyi menyindir bekas kekasihnya itu.

Namun perbuatan Julfikar ini mendapat kecaman dan bersependapat yang Julfikar sengaja mengaibkan bekas kekasihnya itu walaupun sudah 3 tahun berpisah dan masing-masing dengan haluan sendiri.

Tindakan Julfikar ini rasanya tidak elok, jangan ingat wanita lemah, silap haribulan lelaki juga masuk penjara.

Gambar Persandingan Abby Abadi, Farhan

Gambar dibawah adalah gambar persandingan pelakon Abby Abadi dan suaminya, Farhan pada 1 September yang lalu di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur sekaligus membuat Rumah Terbuka AidilFitri.

Mereka sebenarnya sudah dua bulan mendirikan rumahtangga yakni bernikah pada 9 Julai 2013. Dan kini baru nak buat majlis persandingan, ini di buat kerana bagi menghormati dan beribadah penuh pada bulan Ramadan yang lalu.

'Bajet Alim Tapi Suka Memfitnah' - Izreen Azminda

Isnin, 2 September 2013

Tidak tahu siapa gerangan orang yang dimaksudkan oleh Izreen Azminda ni di dalam laman sosialnya mengenai sikap seseorang itu yang berbajet alim tapi suka menabur fitnah.

Adakah dari golongan selebriti baru atau lama yang dimaksudkan memang agak susah untuk dijawab. Rita Rudaini dan Nad Zainal juga turut bersama-sama memberikan pendapatnya di dalam ruangan komen berkenaan.

Amy Search, Ella Bergambar Bersama

Minggu lepas berlangsungnya rumah terbuka AidilFitri yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dimana ramai juga selebriti yang hadir. Yang jadi perhatian kehadiran Raja Rock dan Ratu Rock Malaysia hadir dan bersama-sama memeriahkan suasana.

Gambar Melissa Saila Waktu Kanak-kanak

Gambar diatas ni, gambar pelakon Melissa Saila waktu kanak-kanak dahulu. Tidak kelihatan ibunya, seniwati Mariani yang muda ketika bersama Melissa waktu kecil, cuma ini dapat dicari.

Apa-apa pun jum kita lihat kemanisan Melissa waktu kecil dengan dibandingkan dengan anaknya yang sekarang, Noor di bawah ini.

Farahdhiya Putus Cinta Suami Orang?


Aik dalam tidak sedar rupanya ada info memberitahu yang pelakon, Faradhiya kini sudah putus cintanya dengan seorang lelaki iras keturunan Arab, tapi bukan orang Arab ah.

Difahamkan lagi, lelaki berkenaan sudah berkeluarga, kiranya Farahdhiya dan lelaki itu bercinta tiga segi bermuda. Hee. Tidak dipastikan kebenaran cerita ini, hanya memetik daripada sisipan Kosmo semalam.

Cantikkan Farahdhiya ni. Ada chan la korang pikat dia lepas ni.

Kami Akan Saman Jutaan Ringgit - DYS

Kalau anak mendapat musibah pastinya ayahnya akan turut membela apatah lagi ia melibatkan periuk nasi. Itulah tindakan ayah kepada pengarah muda, Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam dimana bertegas akan menyaman jutaan Ringgit akibat kes 'bocor' filem KL Gangster 2 yang berlaku di internet beberapa hari yang lalu.

Menurut laporan SinarHarian, filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu telah mendapat reaksi besar daripada Datuk Yusof dan membuat sidang media rasmi. Walaupun mengakui akan bertindak saman namun enggan mempercepatkan proses penayangannya kepada umum dan yakin akan mengutip jutaan Ringgit walaupun menerima hakikat segelintir orang sudah melihatnya terlebih dahulu.

Gambar Darwisz Mirip Ayah Waktu Kecil

Ahad, 1 September 2013

Kalau dilihatkan wajah anak pastinya akan mirip kepada emak atau ayah. Jika dilihat anak hasil perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Darwisz Hakim, korang pasti tak perasan yang Darwisz Hakim sebenarnya mirip Norman waktu Norman seusia Darwisz.

Bukti dah ditunjukkan dan kini nampaklah yang mereka seumpama pepatah english, Like Father Like Son.-gambar Ammboi.com

Lagi Gambar Erma Fatimah Merokok

Sekali lagi Erma Farimah membuat sedikit kontroversi mengenai dirinya yang semua orang tahu dia merokok. Kali ini gambar dia merokok dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram.

Pada post yang lalu, SINI tidak terdapat sebarang komen di dalam laman sosial berkenaan mengenai Erma merokok, tapi kali ini ramai kaum hawa yang tampil untuk berkomen.