Rabecca Nur Islam Akan Bersalin Pada..

Pada: Khamis, 5 September 2013
Pelakon, Rabecca Nur Islam akan melahirkan anaknya yang ke-2 tidak lama lagi. Berita ini disampaikan sendiri oleh Rabecca melalui media dan juga laman sosial Twitternya.

Difahamkan ada kurang sebulan lagi sebelum dijadualkan bersalin yakni 23 atau 24 haribulan September nanti. Tahniah diucapkan.

"InsyaAllah saya akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi dan tarikh jangkaannya lebih kurang 19 hari lagi. Jantina bayi saya pada kali ini juga adalah perempuan sama seperti sebelumnya. 
 
"Saya berharap agar segala-galanya akan selamat dan dipermudahkan," -Rabecca memetik dari portal MediaHiburan

Tag : , , , , ,