Pada:
Khamis, 5 September 2013
Tapi siapa Yiu Lin ni. ha, dia ni lah isteri kepada pemain squash Negara, Azlan Iskandar yang selamat bergelar suami isteri pada awal Disember 2012 yang lalu. Dalam kandunganya itu, memetik portal Murai, berjantina perempuan dan bakal diberikan nama, Zara Aaliya. -gambar Instagram YiuLin
"Kalau cakap bersedia, sampai bila-bila pun saya tak akan bersedia untuk menimang cahaya mata. Tetapi apabila dapat tahu saya telah hamil, perasaan gembira dan teruja untuk menyambut kelahirannya mula terasa.
"Memang Azlan mahukan bayi dalam masa terdekat iaitu selepas kami berkahwin. Bagaimanapun saya tak boleh terlalu terburu-buru, takut pula dia bersedih apabila mendengar bahawa saya tidak hamil. Sebab itu saya telah menjalani ujian kehamilan sebanyak dua kali.
"Terus terang, saya tidak pernah mengikuti sebarang proses pemeriksaan kehamilan dan apabila dapat mengalaminya sendiri pada setiap bulan, saya dapat rasakan ianya sebuah pengalaman yang sangat indah lagi mengajaibkan," -Yiu Lin
Tag : Artis Mengandung , Azlan Iskandar , Berita Artis , Hamil , Instagram , Squash , Twitter





