Izzue Eva Kecam Bekas Suami

Pada: Selasa, 3 September 2013
gambar kenangan Raya 2011

Kecoh juga apabila memetik portal MediaHiburan, Izzue dari kumpulan Eva (Izzudiawaty) meluahkan perasaan bengangnya dengan bekas suaminya yang didakwa memfitnah dirinya.

Suaminya kini tidak dipastikan samaada di penjara atau sekadar dalam permerhatian polis kerana terlibat dengan aktiviti dadah. Dan tambahan lagi, Izzue dan suaminya itu sudah bercerai 4 bulan yang lalu.

"Aku tidak pernah menulis tentang hal bekas suami tapi dia dh melampaui tahap kesabaran.. Patot ke seorang bapa n muslim yg baik menghina memfitnah bekas isteri ?? Sedangkan isteri melarikan diri dari seorg penagih ganja/dadah yg dah sah po...sitive urin.. sedarlah wahai insan.. Allah tunjuk kebenaran jugak di mata masyarakat.. kepada sepupu sepapat n sahabat2 nya sokongla takat mana yg anda mampu selagi anda tidak tahu kebenarannya.. sekarang dia dlam jaminan polis , hak jagaan ank2 aku serahkan hanya semata nak lepas dari genggaman dia..bukan bermakna aku akn lepaskan ank2 pd dia.. harap maklum ank2 tidak mahu pulang ke pangkuan nya sebab ank2 menyaksikan bapanya membawa betina hodoh tido di rumah n menghisap ganja di depan mata mereka.. mereka pandai memilih n menilai mana patot mereka berteduh. Untk pengetahuan semua ank2 berlakon n mencari duit belanja kerana selama ini bapa mereka tidak memberi se sen nafkah . Hanya Allah yg tau.. bakat n anugerah yg Allah beri n lalukan rezki pada mereka.. alhamdulillah darah seni yg mengalir dari tubuh seorg yg bernama "mama" ...."

"Saya serahkan hak jagaan anak kepada dia kerana tidak mahu terikat apa-apa lagi tetapi dia sia-siakan anak. Sebenarnya dia memang mengambil ganja sejak dahulu lagi tetapi saya diamkan saja kerana dia suami saya.

"Selepas bercerai, dia buat macam-macam termasuklah keluarkan pelbagai kenyataan di facebook. Kawan saya yang beritahu semua ini kerana ikutkan saya sudah tidak ambil peduli tentangnya lagi. Paling teruk, dia sanggup menghubungi produksi dan bertindak menutup periuk nasi anak-anak. Tujuan saya luahkan semuanya, saya ingin orang di luar sana tahu bahawa saya tidak bersalah dan saya sudah penat berdiam diri," ujar Izzu.
Perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, Izzyreef dan Izzyareen. -gambar Instagram izzu_eva

Tag : , , , , , , , ,