Pada:
Isnin, 2 September 2013

Menurut laporan SinarHarian, filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu telah mendapat reaksi besar daripada Datuk Yusof dan membuat sidang media rasmi. Walaupun mengakui akan bertindak saman namun enggan mempercepatkan proses penayangannya kepada umum dan yakin akan mengutip jutaan Ringgit walaupun menerima hakikat segelintir orang sudah melihatnya terlebih dahulu.
“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.
“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.
“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,
“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.
“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,
“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.
Tag : Berita Artis , Download , Filem , Movie , Pengarah Filem , Syamsul Yusof , Yusof Haslam