Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nadia Mustafar selamat lahirkan anak ke-2

Khamis, 10 Februari 2011

Pelakon tekenal, Nadia Mustafar, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram pada pukul 11.41 pagi, Ahad lalu di Hospital Pantai, Cheras, Kuala Lumpur. Nama anak kedua Nadia ini adalah Qaiem Quzey Izham. Selain itu Nadia juga mahu merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak katanya kepada mStar baru-baru ini.

Selain dua anak yang dipunyai Nadia, Nadia juga turut mempunyai seorang anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang berumur tiga tahun. Tahniah diatas kelahiran anak ke-2 itu. :)

Kyla Fairy nafi bercinta dengan Yusry KRU!

Rabu, 9 Februari 2011

Pelakon baru, Syakila Nisha Jahangir Khan (Kyla Fairy) yang berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil menjelaskan bahawa gosip hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Dia turut menganggap gosip murahan itu sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja. Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja.

“Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya. Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam,” katanya kepada mStar.

Nurul kekasih baru Zahid AF?

Gambar mesra diantara gadis yang bernama Nurul dan Zahid AF sudah beredar di internet. Kata orang, Nurul merupakan kekasih baru Zahid AF. Zahid pun belum apa-apa lagi penyataan yang meng'iya'kan dakwaan orang ramai. Lihat sahaja mesti kita tahu apa hubungan diantara Zahid dan Nurul, mesra banget gambar tue. Tapi takpa lah, kalau Nurul ni merupakan kekasih Zahid. Nurul pun kelihatan cantik dan manis, Zahid pun mesti kesunyian selepas putus cinta dengan Nita MI.

Intan Ladyana, Kamal Adli dalam Kembar Siang

Filem Kembar Siang bakal menemui anda pada 24 Februari 2011 nanti dan yang paling masyuk adalah apabila Kamal Adli dan Intan Ladyana digandingkan dimana sebelum ini digosipkan bercinta dalam lokasi. Selain itu Kamal dan Intan turut dibantu oleh pelakon-pelakon senior seperti Mat Over, Sabri Yunos, Syanie, Sathiya, Hamid Gurkha dan Lan Pet Pet. Apa-apa pun mari kita layan dan tengok dulu pasangan romantis Kamal Adli dan Intan Ladyana preview dan bercerita sikit pasal Kembar Siang yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Watie Elite kena penyakit strok!

Selasa, 8 Februari 2011

Baru-baru ini, wartawan Utusan berkesempatan berjumpa dengan Watie Elite dalam satu sesi fotografi. Selama ini ingatkan dia macam mengelak bertemu dengan media selepas tersebar dakwaan seorang anak remaja bernama Angel Lina yang mendakwa dirinya adalah anak kandung Watie. Kata waratawan itu, Watie tak buat-buat sakit sebaliknya dia memang kurang sihat.

“Dia sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas. Doktor cakap dia hampir kena strok,” kata wartawan berkenaan.
Watie kini sedang menjalani rawatan perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila menyerang bahagian sendi terutama di kepala, tangan dan kaki.

Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening kepala dan kurangkan kebas yang berbisa.

Nora Danish perli seseorang??

Video ni diambil ketika Sure Heboh rancangan Melodi pada tahun lalu. Nora Danish dan Intan Ladyana bersama-sama dalam cuaca panas terik tu bersama-sama Fara Fauzana dan Wahid. Namun yang menjadi perhatian adalah Nora agaknya. Ya lah waktu itu memang masih lagi 'panas' dengan gosip yang melanda diri. Jadi memang ramai orang nak ambil perhatian. Tapi ada dalam diam-diam kat video ini, Nora sepertinya memperli kepada seseorang. Kalau anda terlalu arif dalam menilai ayat, cuba dengar cakap Nora ni. Hihi.

Ifa Raziah keluarkan kata-kata kesat??

Wah bukan main pedas lagi Ifa Raziah melontarkan kata-katanya dalam laman sosial Twitter. Perkataan yang ditujukan kepada artis yang bernama S itu seolah-olah Ifa masih lagi membenci dan masih tidak berbaik dengan S. S ni dulu ada kes semenjak 1998 lagi dengan Ifa Raziah sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah dengan saman berjumlah RM500,000. Namun si S ni sudah menarik balik saman yang dikemukan dan dianggap kes mahkamah ini selesai. Tapi kat luar, agaknya masih tidak selesai lagi. Zzz..

Ariel Peterpan terbukti bersalah kes video porno

Isnin, 7 Februari 2011

Mengenai kes video pronografi yang dilakukan oleh Ariel Peterpan kini sudah terjawab. Sudah berkesudahan, selepas Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung, baru-baru ini.

Baguslah kalau begitu, sebenarnya ramai yang tak sabar nak tunggu kes ini selesai. Apa-apa pun, Ariel dikatakan memang bersalah selepas tiga orang hakim bersepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Ketika pengumuman itu di buat, Ariel kelihatan tersenyum mendegar keputusan hakim, bagaikan dia telah menduga dan redha dengan keputusan yang dibacakan. Selain itu, kekuatan cintanya dengan Luna Maya amat luar biasa, apabila kekasih video pornonya itu ada bersama ketika hingga hari perbicaraan berkenaan dan sentiasa menemaninya untuk memberi semangat kepada Ariel. -Murai

Shahz Jazle artis paling hensem di Malaysia! betul ke?

Luahan peminat: Semakin ramai yang sibuk memperkatakan tentang shahz jaszle sekarang ni. Dari awek2 ipt hinggalah ke mak cik2 pencen..datin datin...gayboy2 malah jantan jantan semua memperkatakan tentang kehenseman dan kemachoan dan meminati n meng agungkan shahz jaszle yg pantas mencaras populariti Aaron aziz dan Remy ishak. Malah lakunan pun hebat dalam asmara dan gemilang..

adoiii kalo macam ni malaysia dah tak malu lagi dengan hero hero indon, thai n filipina kerana malaysia pun dah ada hero hensem yg macho macam shahz jaszle. Tak macam Farid kamil yang serab** n bus** tu. Dan tak payah nak tayang badan ketul2 macam ady putra. Tp Shahz tetap meletup. Pencabar utama Shahir di ABP untuk artis lelaki baru popular.

Dengar khabar ada aktor muda jeles dengan popularitynya. siapa ek?? Shahz juge menggantikan tempat Gambit untuk watak hero AZURA 2011. Agak2 apa ek tips atau amalan shahz jaszle yg boleh membuatkan beliau terlalu hensem dan pantas popular tak macam kamal adli, fizo omar atau iqram yg masih berusaha keras...

isteri Aqasha hamil 7 minggu

Pelakon dan penyanyi, Aqasha dan isterinya, Noor Baizura yang secara rasminya bergelar suami isteri pada 10 Oktober tahun lalu. Kini sudah masuk empat bulan melayari bahtera perkahwinan akhirnya Aqasha yang nama sebenarnya adalah Firdee Aqasha Rosli itu dikurniakan hadiah tahun baru yang cukup berharga daripada Allah SWT apabila doktor mengesahkan isterinya kini hamil dalam enam-tujuh minggu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Rasa selepas ini tanggungjawab saya akan jadi lebih besar. Apatah lagi nak sambut anak nanti perlukan banyak persediaan. Persediaan sebagai seorang ayah dalam agama Islam bagi saya banyak menyedarkan dan ini pengalaman yang cukup bagus buat saya," katanya kepada Utusan.

ABPBH 2010 di Langkawi, Lisa Surihani jadi tarikan

Ahad, 6 Februari 2011

Akhabar ternama dan popular tanah air, Berita Harian yang telah menganjurkan majlis berprestij bersempena Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH) telah menganjurkan program bercuti bersama artis yang dicalonkan dengan peminat-peminat mereka yang bertuah. Berita Harian telah memilih pulau lagenda, Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk tahun ini. Percutian tersebut telah didatangi khas oleh Lisa Surihani, Faizal Ismail dan juga Shaheizy Sam. Gambar lanjut bolehlah lihat di Fan Page Facebook Lisa Surihani. :)


Siti Nurhaliza dah ada Twitter!

Sabtu, 5 Februari 2011

Siti Nurhaliza dah mempunyai Twitter nya sendiri, kepada sesiapa yang masih tidak tahu lagi, Siti dah mempunyai akaun Twitter nya beberpa minggu yang lalu (siti_nur11), kepada yang sudah tahu, buat-buatlah baru tahu juga, haha. Patutlah jarang sudah melihat Siti meng'udpates' wall kat Facebook nya. Mungkin Twitter lebih senang sikit berbanding Facebook. Apa-apa pun 'all the best' untuk Siti Nurhaliza. :)


Ameng Spring ditahan kerana memiliki dadah!

Jumaat, 4 Februari 2011

Apa lah nak jadi dengan Ameng ni, suara bukan main sedap lagi tapi tak sangka masih juga bersangkut paut hidupnya dengan dadah. Kita harap dan berdoalah agar Ameng akan berubah kelak, jejakilah Jamal Abdillah dan Radhi OAG yang sudah bertaubat. Ameng ni pun tahun lepas dapat pingat darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) bersama-sama ratu Rock, Ella sempena ulangtahun Sultan Pahang. Wajar ditarik balik ke??? korang fikir-fikirkanlah sendiri yer..

Singer Ameng of popular 1990s band Spring was charged at the magistrates court here Wednesday with consuming ganja at the Sentul district police headquarters.

Ameng, 42, whose given name is Wan Aminuddin Wan Ismail, was present in court and represented by counsel Kamarulzaman Abdul Rahman.

Magistrate Zaki Asyraf Zubir fixed bail at RM3,500 with one surety and set May 27 for mention. - The Star

Bila artis AJL main Facebook

Generasi AJL memang sinonim dengan artis-artis lama yang sudah pernah menjejaki dalam pertandingan AJL. Tak perlu lah rasanya nak sebut satu-satu nama mereka. Tentu anda boleh agak siapa mereka yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Tapi tahu tak anda? mereka telah bermain Facebook baru-baru ini dalam sebuah gambar yang sudah di 'tag' nama masing-masing. Mungkin anda sedikit bingung, tapi ini semua adalah 'edit' sahaja daripada orang yang bijak pandai. Semoga terhibur di hari-hari cuti ini. :)

-Klik untuk besarkan..

Nasha Aziz dahulu dan sekarang

Khamis, 3 Februari 2011

Kata orang, orang makin tua makin nampak kerepot. Tapi kadang-kadang ada nampak semakin ayu dan cantik. Seperti Nasha Aziz ni, makin naik usia makin cantik pula. Memang susah nak percaya. Lihat sahaja gambar dibawah ni. Sebelah atas (lama) nampak natural muka manakala sebelah bawah (baru) nampak seperti artis-artis dari Korea gitu. Korang pilihlah mana satu yang berkenaan dihati, dulu atau sekarang. :)

Scha al Yahya enggan bertunang!

Scha Alyahya lebih suka jika tidak melalui semua peringkat merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah kepada kekasihnya yang sekarang kerana ia amat meremehkan. kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah.

"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.

"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha kepada Utusan baru-baru ini.

gambar artis kacak seberang, Boy Hamzah

Rabu, 2 Februari 2011

Nama Boy Hamzah, 22 tahun mula dikenali selepas menjadi wajah kempen iklan jenama rokok Surya 12 Premium. Sebelum itu dia pernah berlakon, tapi tidak pernah diberi watak utama. Selepas wajahnya menghiasi billboard, barulah undangan berlakon lebat datang kepadanya. Bila sebut nama Boy Hamzah, peminat akan mengaitkan dirinya sebagai model Surya sehingga hari ini. Antara sinetron lakonannya termasuklah Ketika Cinta Bertasbih, Nikita, Legenda Cinta Kemayuran, Surat Untuk Bidadari dan banyak lagi. -Gambar ManggaOnline

Maya Karin, Remy Ishak berduet untuk CUN

Tak lama lagi filem Cun akan ditayangkan. Dalam filem ini Maya Karin dan Remy Ishak akan digandingkan bersama-sama sebagai pelakon utama. Dan mereka berdua juga digandingkan bersama-sama (duet) untuk lagu tema filem berkenaan. Kalau diikutkan ini pertama kali melihat Remy menyanyi. Kalau Maya Karin memang dah tahu berkebolehan menyanyi, lebih-lebih lagi filem Pontianak Harum Sundal Malam. Gandingan kedua-dua ini telah menimbulkan banyak gosip dan berita. Tapi rasanya gosip itu sudah terkubur, dan kedua-duanya hanya rakan artis sahaja. Jangan lupa nantikan filem Cun tak lama lagi. :)

Marsha Londoh di majlis Jaguar Swiss Made

Pengeluar jam tangan ternama Jaguar Swiss Made telah mengadakan satu majlis makan malam untuk acara amal Karnival Kebajikan, membantu Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor. Majlis itu berlangsung di Tropicana Golf Club, Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara jemputan pada acara makan malam amal yang diadakan di Tropicana Golf Club itu adalah William San, Yeo Yann Yann, Athena Beh, Dave, Sabhi Saddi, Marsha Londoh dan Leslie Chai.


hanya 50 orang yang hadir ujibakat Kak Pah!

Selasa, 1 Februari 2011

Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Datuk Sharifah Aini baru-baru ini, agak lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta sahaja yang datang mencuba nasib bersama kak Pah memandangan hampir 300-900 orang yang hadir untuk artis-artis yang lain. Diantara faktor dalam penganalisisan faktor-faktor yang terlibat adalah faktor populariti, risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi adalah faktor utama kenapa orang tidak datang.

"Bagi saya bilangan peserta hadir tidak penting kerana saya lebih mementingkan kualiti vokal mereka. Saya tidak kisah walaupun tidak sampai 100 orang mencuba nasib, tetapi mereka benar-benar boleh menyanyi. Lebih baik begitu berbanding ramai yang datang namun tidak mempunyai kualiti yang saya cari," katanya. -Bharian

Farid Kamil kecewa disuruh bercinta dengan orang utan

Pelakon/pengarah muda dan kacak, Farid Kamil kecewa apabila sebuah artikel di sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan. Walaupun ia ditulis ringkas yang berbunyi, 'Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan', ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminat Farid Kamil, dan juga nasibnya yang sebelum ini telah berpisah dengan Diana Danielle.

"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia. Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.

Tambah pelakon tersebut, dia berharap agar pihak yang mengata buruk tentangnya berfikir sebelum menulis dan tiada lagi kata-kata negatif yang membabitkan haiwan ditujukan kepadanya lagi atau orang lain. -mstar

video Maher Zain - InsyaAllah (Malay Version)

Fenomena artis kelahiran Asia barat, Maher Zain di Malaysia memang tidak perlu diperkatakan lagi. Sana sini sudah menjadi bualan orang. Dari kecil ke remaja sehinggalah ke retua. Lagu dan iramanya yang lembut bersertakan dengan lagu da'wah semamangnya membawa kita dekat kepada Allah. Selain berhibur, kita juga dapat pahala sebab dalam setiap lagu Maher ada kalimah Allah dan Rasulullah.

Namun sejauh mana kita memahami lagu Maher dalam bahasa orang putih tu? kali ini Maher Zain sudah berjaya merakamkan lagu 'Insyallah' versi Melayu, jadi dah ramai orang boleh faham erti dalam lagu itu. enjoy for ibadah. :)