Kyla Fairy nafi bercinta dengan Yusry KRU!

Pada: Rabu, 9 Februari 2011
Pelakon baru, Syakila Nisha Jahangir Khan (Kyla Fairy) yang berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil menjelaskan bahawa gosip hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Dia turut menganggap gosip murahan itu sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja. Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja.

“Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya. Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam,” katanya kepada mStar.

Tag : , , ,