Tak lama lagi filem Cun akan ditayangkan. Dalam filem ini Maya Karin dan Remy Ishak akan digandingkan bersama-sama sebagai pelakon utama. Dan mereka berdua juga digandingkan bersama-sama (duet) untuk lagu tema filem berkenaan. Kalau diikutkan ini pertama kali melihat Remy menyanyi. Kalau Maya Karin memang dah tahu berkebolehan menyanyi, lebih-lebih lagi filem Pontianak Harum Sundal Malam. Gandingan kedua-dua ini telah menimbulkan banyak gosip dan berita. Tapi rasanya gosip itu sudah terkubur, dan kedua-duanya hanya rakan artis sahaja. Jangan lupa nantikan filem Cun tak lama lagi. :)