Watie Elite kena penyakit strok!

Pada: Selasa, 8 Februari 2011
Baru-baru ini, wartawan Utusan berkesempatan berjumpa dengan Watie Elite dalam satu sesi fotografi. Selama ini ingatkan dia macam mengelak bertemu dengan media selepas tersebar dakwaan seorang anak remaja bernama Angel Lina yang mendakwa dirinya adalah anak kandung Watie. Kata waratawan itu, Watie tak buat-buat sakit sebaliknya dia memang kurang sihat.

“Dia sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas. Doktor cakap dia hampir kena strok,” kata wartawan berkenaan.
Watie kini sedang menjalani rawatan perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila menyerang bahagian sendi terutama di kepala, tangan dan kaki.

Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening kepala dan kurangkan kebas yang berbisa.

Tag : , , ,