Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar artis di sidang media

Rabu, 15 Disember 2010

Gambar sidang apa ni? inilah gambar artis-artis yang diambil ketika sidang media Anugerah Skrin 2010 yang diadakan di Hotel Empire, Empire Subang baru-baru ini. Ramai juga artis-artis yang datang ketika itu. Siapa lagi kalau bukan pelakon suka ramai, Lisa Surihani. Tidak ketinggalan Fasha Sandha dan juga pelakon murah rezeki, Shaheizy Sam. Dan banyak lagi lah, korang enjoy dulu lah. Tak larat dah nak sebut satu-satu namanya. Hehe. -Gambar Budiey

Lisa Surihani

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Lisa Surihani & Fasha Sandha

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Shaheizy Sam

Fizz Fairuz

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Ida Nerina akhirnya bercerai juga dengan suami

Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin (13/12). Sumber memberitahu, perceraian dibuat selepas pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun secara baik. Shahrin melafazkan cerai dengan talak satu pada pukul 10 pagi, Isnin pada prosiding mahkamah yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi.

Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sumber itu juga memberitahu, Ida Nerina bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan untuk tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Shahrin. -mStar

Gambar perkahwinan Nurul Fatiha

Siapa suka RTM1 mesti dia akan terlihat kelibat bekas gimnastik Negara, Nurul Fatiha Abd Hamid dalam rancangan Sukan mahupun pembaca berita sukat di RTM. Dalam beralih angin daripada menjadi seorang atlit kepada personaliti sukan, kini dalam tidak disangka Nurul Fatiha sudah bertemu jodohnya dengan Mohd Shakir Shaari. Pasangan Nurul Fatiha ini tidak diketahui atau tiada sebarang maklumat mengenai dirinya. Tak kisah lah, janji Nurul Fatiha dah selamat diijab kabulkan. Tahniah diatas perkahwinan ini. ;)

Gambar Nurul dan Erra Fazira di Guess Party

Selasa, 14 Disember 2010

Baru-baru ni ramai model-model dan artis telah mengayakan pelbagai fesyen pakaian di acara Guess Party. Artis-artis yang terlibat Nurul (bekas isteri Ajai) dan juga Erra Fazira. Tak dapat dipastikan pula ada apa pula dalam parti berkenaan selain pertujungan fesyen. Korang enjoy lah dulu dengan model-model dibawah ni, kalau berkenaan silalah cari sendiri. Malas nak tulis panjang-panjang, tak tahu ada apa kat sana. Hehe..

Camelia selamat melahirkan anak?

Siapa tidak kenal dengan penyanyi jelita kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Noor Camelia Abang Khalid. Sejak album terakhirnya kira-kira tiga tahun lalu, namanya terus senyap dan sukar dihubungi mana-mana media/wartawan. Kini ada berita terbaru mengenai Camelia, daripada sumber yang rapat dengan keluarga Camelia, dengarnya penyanyi itu menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan minggu lalu. Nak sahkan lagi, sumber ini dapat daripada seorang jururawat sebuah hospital swasta di PJ. Memang katanya, penyanyi itu selamat bersalin.


Dengar cerita lagi daripada seorang sumber terdekat, Camelia terus mendapatkan khidmat jururawat di situ untuk menjaga bayi comelnya serta kesihatannya sendiri. Naluri keibuan yang begitu terserlah daripada Camelia. Berita ini masih belum ada kesahihahn daripada empunya badan, tapi apa2pun, tahniah kerana kini bergelar ibu dan semoga Camelia kembali mewarnai pentas seni tanah air! -HMetro

Shahz Jazle masih kata sayang kepada Maria Farida

Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida sah sedang hangat dilamun cinta. Ntah betul atau tidak Twitter kepunyaan mereka berdua, mereka mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman itu. Tapi biasalah artis, sebelum ini Maria itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, namun peliknya adalah mesej-mesej mereka pada Twitter itu seperti mengiakan perhubungan cinta diantara mereka berdua. Shahz yang dihubungi wartawan mStar pun mengatakan NO KOMEN kerana tidak mahu kisah privasi diketahui oleh umum. hu?

Pesanan Sazzy Falak ketika buat seks!

Isnin, 13 Disember 2010

Ha? seks? Jika ianya satu perzinaan memang semua sudah tahu yang ianya membawa kepada dosa besar tidak kira apa juga pegangan agama. Begitulah hikmahnya bagi agama Islam sebab melarang manusia berzina kerana dapat mengelak daripada pelbagai penyakit-penyakit dan disarankan juga kepada yang kuat nafsu (tidak tahan melakukan seks) dan mampu supaya berkahwin walaupun hanya sekadar nikah (sanding tak diwajibkan).

Tapi lain pula Sazzy kiter ni, gambar dibawah ini dipetik daripada oleh James Chong (ruumz.com) bertujuan untuk satu gerakan kesedaran tentang HIV dan AIDS. Selain itu Sarimah Ibrahim, Erra Fazira, Aisyah Sinclair, Sheila Majid dan Ida Nerina juga turut serta dalam sesi fotograpi berkenaan. Tapi kempen ini ada yang tidak kena lah.. Apa ya? korang tahu ker? cuba komen sikit. Hehe..

Rabecca Nur Islam kahwin duda anak dua pada 2011

Rabecca Nur Islam, 24, mengumumkan yang dia akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Nor Azam bin Datuk Ismail, 42, pada 14 Januari 2010. Pengumuman ini dibuat oleh Rabecca dalam satu sidang media ringkas yang diadakan di Butik Harrods, Suria KLCC baru-baru ini. Jelas Rabecca tarikh itu menjadi pilihannya kerana ia merupakan tarikh ulangtahun perkenalannya dengan duda beranak dua itu. Dan pada tarikh itu jugalah, genaplah tiga tahun usia perkenalannya mereka berdua.

Mengimbas detik-detik dia dilamar kekasih hatinya itu pula, tanpa berselindung Rabecca memberitahu bahawa Nor Azam sudah berniat menjadikannya sebagai isteri di awal perkenalan lagi iaitu kira-kira tiga tahun dahulu. Bagaimanapun, hasrat lelaki itu ditolak secara baik oleh Rabecca kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada bidang lakonan yang baru diceburinya.

Plat kereta no JEJ41 milik jejai?

Jejai mula dikenali selepas berkahwin dengan Nora Danish selepas itu mereka bercerai dengan aman dan kini bertambah terkenal apabila menjalinkan cinta dengan pelakon kontroversi, Fasha Sandha. Jejai ni memang orang kaya, tengok sahaja kereta dia dah tahu, mula-mula kereta sport mewah, Lamborghini bernombor plat JEJ41 kemudian membeli Bumble Bee yang sama nombor platnya (maknanya pindah nombor plat daripada kereta asal), umum dah tahu yang Jejai dah beli kereta Bumble Bee ni melalui gambar dia bersama-sama dengan Fasha Sandha.

Gambar Sharifah Sofea hamil 6 bulan

Ahad, 12 Disember 2010

Kandungan anak sulung pelakon drama Angin Rindu Sarajevo (Bosnia & Herzegovina), Sharifah Sofea kini dah mencecah atau memasuki 6 bulan dah, artikel bulan lalu hanyalah kenyataan daripada Sofea melalui Facebook. Kini dia dah boleh menanyangkan perutnya itu. Perut pun dah nampak sangat besarnya. Sehinngakan dirinya sangat teruja juga kerana dilayan sebagai seorang puteri ketika mengandung. Kiranya Sharifah bertuah juga lah disamping suaminya itu. Hanya tinggal beberapa minggu lagi, Sharifah akan bergelar seorang ibu.

Gambar sederhana pakaian Lisa Surihani

Sabtu, 11 Disember 2010

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika menghadiri sebuah majlis formal untuk Program Merakyatkan Filem bersama OFA 2010 pada dua bulan lalu dan ini sekaligus telah menunjukkan bahawa penampilan ringkas Lisa Surihani yang sebenarnya melambangkan diri beliau yang serba sederhana namun berstyle kampung (mengekalkan fesyen gadis kampung yang serba sederhana). Apa lagi Lisa pun diserbulah dengan peminat-peminatnya dari usia remaja sehinggalah retua.

Shuib dan Siti Sarah sudah bertunang!

Ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad, 26 atau Shuib akhirnya mengakui sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Siti Sarah Raisudin pada 16 November lalu di Kuala Selangor. Juara Raja Lawak musim ke-3 itu membuat pengakuan tersebut bagi menjawab desas-desus berita perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada Januari 2011. Kata Shuib perkara tersebut terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan media demi menghormati permintaan Siti Sarah sendiri.

Perancangan awal mereka untuk melangsungkan perkahwinan pada 16 Januari 2011 juga terpaksa ditangguhkan ekoran jadual kerjanya yang terlalu padat kini. -mStar

Ika Nabella AF6 cinta dengan Zoey?

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapa masih kenal lagi dengan finalist Akademi Fantasia musim ke-6, Ika Nabella. Memang dia ni kadang-kadang menjadi perhatian sebab kisah hidup sehariannya. Bukan sebab kerjaya ataupun kecemerlangannya dalam dunia seni. Tapi nak bagitahu sikit, yang Ika sekarang ni tengah bermain cinta dengan seorang jejaka bernama Zoey Rahman yang juga seorang anak seni. Zoey Rahman ni dulu pernah digosipkan dengan Diana Amir, mungkin agaknya mereka dah putus kot. Tapi agaknya ramai orang hendak hendak percaya mengenai berita inisebab ini semua terjadi di dalam laman Facebook, namun kesangsian ini dapat disangkal dengan gambar mereka berdua.

Erra Fazira dan Didie Alias jadi Pontianak

Sekarang ni filem/drama seram memang mendapat rating yang tinggi, jadi mana-mana produser harus amik kesempatan sebegini untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Nah inilah yang mungkin bakal memberikan penonton lebih berani apabila berjumpa 'benda' itu. hehe. Nie yang terbaru ni mesti tengok gandingan Erra Fazira dan Didie Alias dalam filem yang bertajuk Pontianak Kampung Batu pada 23 Disember nanti 9 malam di Astok RIA. Tapi rasanya filem ni berunsur komedi lah~.

Ijoy dijangkiti demam denggi

Ijoy Azhari suami kepada Sharifah Shahira dimasukkan ke Hospital Gleanegles, Ampang, Kuala Lumpur, sejak Ahad lalu kerana dijangkiti demam paling menakutkan manusia sejagat iaitu demam denggi. Namun Ijoy dibenarkan keluar dari hospital pada hari Khamis (9/12). Setelah diberitahu doktor ianya denggi jenis biasa da.

Namun begitu, doktor menasihatkan Ijoy untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan karier seni seperti biasa. Ijoy juga terpaksa menangguhkan penggambaran drama Di Mana Isteriku buat masa ini. -mStar

Video lawak Dato' Siti Nurhaliza

Khamis, 9 Disember 2010

Jarang sekali melihat aksi yang melucukan daripada Dato' Siti ni. Orangnya sentiasa konfiden dan serius juga tapi senyuman tu yang menawan, siapa lihat sudah tentu tertawan. Tapi dalam serius tu, ada juga Dato' Siti buat lawak, boleh jadi pengetua Raja Lawak pas ni. Memang tidak disangka itulah yang terjadi dalam kli videonya di laman Facebook miliknya. Nak ucap selamat pengantin baru kepada tutzz, tetapi tersasul pula sampaikan Dato' Siti ucap......

'puaka' Sehati Berdansa, cerai lagi!

Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang kelmarin (8/12). Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup. Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro yang sudah ditutup dan kini ditukarkan kepada Mari Menari.

Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.

Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan. -Gua

Amy Search jadi Pengetua AF 9

Berpengalaman luas dan juga sangat matang dalam dunia seni, tidak dilupakan juga pernah mengalami saat-saat jatuh bangun dalam dunia seni. Maka tidak asing lagi, penyanyi Amy Search telah hangat disebut-sebut bakal menduduki kerusi panas sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) tidak lama lagi. Setiap tahun, setiap bulan ada sahaja orang ramai yang bersuara mengenai AF ni sudah tidak revelan lagi. Namun produk-produk yang keluar daripada AF makin lama menguasai pasaran juga. Hangat? pelik tapi AF keluar sebagai penyanyi, tapi yang keluar jadi pelakon.

Masih relevan sikit kot, cuma rasanya sudah bosan dengan cara atau strategi yang hampir sama setiap tahun. Boleh dikatakan, remote tv dirumah atau di kedai kopi dengan senang bertukar siaran setiap kali rancangan ulangan AF ditayangkan. Mungkin Amy Search akan melakukan pembaharuan, pelajar-pelajar perlu lebih rock dan jiwa mental. Kita nantikan sahaja~

Rohana Jalil tidak main suntikan, pakai teknik solekan

Rabu, 8 Disember 2010

Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perdebatan peminat hiburan. Mereka tertanya juga apakah benar Rohana juga sama seperti artis lain yang cukup gemarkan suntikan. Peminat merasakan wajahnya kelihatan jauh berbeza jika hendak dibandingkan pada 10 atau 15 tahun lalu.

“Saya tidak menyuntik wajah saya untuk menjadi cantik. Kalau dilihat pada wajah saya dalam gambar-gambar ini, semuanya adalah kerana teknik solekan. Dulu manalah saya pandai menyolek wajah sendiri ketika mahu membuat persembahan. Segala alat solek yang ada ketika itu, semuanya saya gunakan tanpa banyak bicara.
“Begitu juga dengan penampilan saya. Semuanya mengikut peredaran zaman. Tetapi, sekarang zaman sudah moden. Sudah ada jurusolek yang cukup bijak dan kreatif dalam menyolek wajah. Saya sendiri pun banyak belajar daripada mereka. Bukan hanya jurusolek tetapi juga pereka fesyen yang tidak lokek memberikan tips untuk menjaga penampilan diri.” bicaranya kepada Utusan.

Gambar Nur Fathia dalam Panca Indera

Siapa tidak membeli Panca Indera Utusan minggu lalu memang dia melepas lah a.k.a rugi. Melepas sebab tak dapat nak tengok Nur Fathia, pelakon Nur Kasih tu dalam sisipan berkenaan. Memang sungguh tidak diduga, Nur Fathia kelihatan seksi juga erk. Kebetulan atau memang atas sebuah perintah, yang tu tak pasti pula. Soal cintanya pula tidak dapat dipastikan, kalau ada VIP yang bercinta dengannya, katanya dia mahu menolak. Wah betul ke ni, siapa lah insan yang bertuah ni agaknya yer.