Pada:
Khamis, 9 Disember 2010
Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan. -Gua
Tag : Berita Artis , Mari Menari , Perceraian Artis , Ruffedge , Sehati Berdansa

