Rabecca Nur Islam kahwin duda anak dua pada 2011

Pada: Isnin, 13 Disember 2010
Rabecca Nur Islam, 24, mengumumkan yang dia akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Nor Azam bin Datuk Ismail, 42, pada 14 Januari 2010. Pengumuman ini dibuat oleh Rabecca dalam satu sidang media ringkas yang diadakan di Butik Harrods, Suria KLCC baru-baru ini. Jelas Rabecca tarikh itu menjadi pilihannya kerana ia merupakan tarikh ulangtahun perkenalannya dengan duda beranak dua itu. Dan pada tarikh itu jugalah, genaplah tiga tahun usia perkenalannya mereka berdua.

Mengimbas detik-detik dia dilamar kekasih hatinya itu pula, tanpa berselindung Rabecca memberitahu bahawa Nor Azam sudah berniat menjadikannya sebagai isteri di awal perkenalan lagi iaitu kira-kira tiga tahun dahulu. Bagaimanapun, hasrat lelaki itu ditolak secara baik oleh Rabecca kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada bidang lakonan yang baru diceburinya.

Tag : , , ,