Rohana Jalil tidak main suntikan, pakai teknik solekan

Pada: Rabu, 8 Disember 2010
Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perdebatan peminat hiburan. Mereka tertanya juga apakah benar Rohana juga sama seperti artis lain yang cukup gemarkan suntikan. Peminat merasakan wajahnya kelihatan jauh berbeza jika hendak dibandingkan pada 10 atau 15 tahun lalu.

“Saya tidak menyuntik wajah saya untuk menjadi cantik. Kalau dilihat pada wajah saya dalam gambar-gambar ini, semuanya adalah kerana teknik solekan. Dulu manalah saya pandai menyolek wajah sendiri ketika mahu membuat persembahan. Segala alat solek yang ada ketika itu, semuanya saya gunakan tanpa banyak bicara.
“Begitu juga dengan penampilan saya. Semuanya mengikut peredaran zaman. Tetapi, sekarang zaman sudah moden. Sudah ada jurusolek yang cukup bijak dan kreatif dalam menyolek wajah. Saya sendiri pun banyak belajar daripada mereka. Bukan hanya jurusolek tetapi juga pereka fesyen yang tidak lokek memberikan tips untuk menjaga penampilan diri.” bicaranya kepada Utusan.

Tag : , , ,