Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saari dihina Ajai tiada pendidikan?

Selasa, 8 Jun 2010

Komposer terkenal dan vateran diantara komposer-komposer yang ada, Saari Amri berkecil hati dengan Ajai selepas bakal dekan rancangan Keynote itu dilaporkan membuat kenyataan merendah-rendahan tahap pendidikan Saari pada satu sidang media hujung bulan lalu. Saari dalam kenyataannya melalui akhbar Mingguan mStar baru-baru ini berkata, Ajai tidak sewajarnya membuat kenyataan itu kerana ia benar-benar telah mengguris hatinya.

“Siapa Ajai hendak merendah-rendahkan saya? Dia pun popular disebabkan saya yang menaikkan namanya bersama Exist dulu. Tahu atau tidak lirik lagu Untukmu Ibu siapa yang tulis kalau bukan saya?” soal Saari.
Dalam sidang akhbar anjuran Astro, Ajai dikatakan mengambil contoh Saari Amri berjaya sebagai seorang komposer tetapi dia tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang muzik. Saari yang hanya berkelulusan peringkat sekolah rendah dan pernah bekerja sebagai buruh binaan berkata, walaupun tidak belajar tinggi tetapi dia berjaya menghasilkan album yang pernah mencecah jualan ratusan ribu unit. Antaranya Kumpulan Ukays, Slam, Ziana Zain, Nicky Ardilla dan beberapa artis popular lain. Malah kata Saari, penyanyi Andy Lau juga pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu suatu ketika dahulu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

“Bukan saya nak bangga diri. Tengoklah orang yang tak ada pendidikan tinggi macam saya pun mendapat pengiktirafan daripada penyanyi luar,” ujarnya.
Tambah Saari lagi, Ajai boleh memberi contoh dalam sidang media itu tetapi seelok-eloknya janganlah menyebut nama individu tertentu kerana ia kelihatan agak kurang cerdik.

Kata Saari, Ajai perlu melihat juga dirinya apabila dia sering kali mendapat reaksi negatif daripada peminat setiap kali memberi komen yang pedas apabila diundang menjadi juri dalam sesebuah rancangan realiti.
“Kalau dia bagi komen bukan main ‘laser’ lagi mulut dia. Ramai juga orang tak suka. Jadi faham-faham sajalah. Saya anggap dia macam budak kecil,” kata Saari.
Sementara itu Ajai dalam kenyataannya itu tidak bermaksud untuk memperlekehkan Saari.
“Niat saya baik iaitu ingin memberi penghormatan kepada Saari. Tetapi mungkin ada sedikit salah faham. Apa-apa pun saya lebih senang untuk meminta maaf daripadanya,” kata Ajai yang tidak mahu perkara itu berpanjangan.

Video Mesum Ariel Peterpan, Luna Maya

Ketua Hukum Jamin Rakyat Indonesia, Farhat Abbas membuat laporan polis berikutan tersebarnya video porno/mesum yang dikatakan milik bintang Luna Maya dan bekas anggota kumpulan Peterpan, Ariel. Farhat berkata, dia membuat laporan itu untuk menyedarkan mereka yang bertanggungjawab terhadap video berkenaan. Laporan tersebut dibuat di pejabat polis daerah Metro Jaya, Jakarta Selatan, kelmarin.

“Nama Luna dan Ariel disebut-sebut dalam video itu. Jadi kita buat laporan polis dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.
Farhat mengaku belum sempat melihat video yang menggemparkan tersebut. Namun sebagai masyarakat yang prihatin dia juga terpanggil untuk membuat laporan terhadap pelaku dan penyebar video porno itu.
"Tapi kalau bukan mereka (Ariel & Luna), kesnya dihentikan," katanya.
Sehingga saat ini kedua-dua artis tersebut tidak membuat laporan polis berhubung penyebaran video adegan seks yang dikatakan melibatkan mereka. Malah mereka juga menyerahkan kepada pihak lain untuk memberi kenyataan berhubung insiden itu. -mStar

Ifa Raziah nyaris ditikam adik kandung

Isnin, 7 Jun 2010

Penyanyi dangdut dan pengacara TV, Ifa Raziah cedera di muka akibat ditampar, dipukul dengan topi keledar dan nyaris ditikam oleh adik lelakinya selepas dipercayai bergaduh di rumah keluarganya di Felda Guar Napai, Khamis lalu. Insiden berlaku tiga hari selepas berita yang menyedihkan menimpa Ifa sendiri dan keluarga apabila ibu Ifa meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Guar Napai, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan dan berkata polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun, katanya, kes itu membabitkan masalah keluarga dan tidak menyiasat mengikut mana-mana seksyen. Sementara itu, artis terbabit ketika dihubungi enggan mengulas insiden berkenaan. -hMetro

Norman Hakim, Memey nak kahwin cepat

Sejak setahun lalu, kerap kedengaran khabar angin yang mengatakan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal mendirikan rumahtangga. Tetapi kali ini ia bukan lagi satu khabar angin, tetapi berita sahih yang datang daripada mulut Norman sendiri. Di dalam Harian Metro - 'Masa tepat belum tiba' - Norman berterus-terang memberitahu, Jika tiada aral melintang, kami akan langsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Memang itu niat kami kerana saya berpendapat hubungan yang kami jalin selama ini adalah suci.

Dedahnya, tempoh dua tahun mereka bersama melihat Memey dan dirinya melalui pelbagai "peristiwa pahit manis". Dan setiap hari dia berdoa agar jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin. Tapi betul ke Memey dah bersetuju nak kahwin sebab sebelum ini bila diajukan persoalan mengenai perkahwinan, Memey meskipun tidak menolak, jika itulah yang ditakdirkan berlaku, bagaimanapun kerapkali menegaskan yang dirinya masih terlalu muda, ditambah pula dia ingin memberi perhatian sepenuh pada kerjaya seninya.

"Perkara berkaitan jodoh sudah saya suarakan kepada Memey dan syukur dia sependapat dengan saya.” tambah Norman Hakim. -Gua

Pernikahan Aziz M.Osman, Puteri Lily

Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21. Aziz dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga aktivis teater, Lokman Ghani, 52, di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga dan kenalan.Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 10.10 pagi kelmarin.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah sejadah, Al-Quran, baju kemeja, tali pinggang, set minyak wangi jenama Bvlgari, coklat, sireh junjung dan sebentuk cincin. Sementara pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran termasuk Al-Quran, sejadah, telekung, set alat solek, set minyak wangi Bvlgari dan sebentuk cincin. -mStar

Gambar terbaru Wardina Safiyyah, anak-anak

Ahad, 6 Jun 2010

Wardina: Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis. Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu.

Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang.

Perkhawinan Pembaca berita Saiful Nizam, Gadis Melayu Aida

Juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 28, dengan sekali lafaz di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Country Homes, Rawang, malam semalam. Mohd Saiful dan Aida dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zali Ismail, 59, dengan mas kahwin RM6,000 kira-kira jam 9.30 malam. Antara personaliti televisyen yang hadir termasuk Datin Norazlina Ridzuan, Norhaizi Mohd Rani, Zainal Arifin Ismail dan Zulhairah Mustafa.

Mohd Saiful pula menerima sembilan dulang iaitu, Tafsir Al-Quran, songket, butang baju Melayu, cincin, kemeja, cermin mata gelap, sirih junjung, kasut, jam tangan dan kek. -mStar

Isteri Lan A to Z, Marcella main Poker

Sabtu, 5 Jun 2010

Setelah mengikuti kisah yang telah dialamai Lan A to Z yang lalu memang sesuatu yang sedih, dari berjaya terus jadi papakedana. Isterinya, Marcella, bekas pramugari Royal Brunei telah kembali ke England (tanah kelahirannya) mungkin dengan alasan tidak tahan dengan Lan sendiri. Jadi di sana Marcella dan 3 orang anaknya kini membuat kehidupan baru. Lan yang berada di Malaysia buat masa ini merindui mereka di sana. Pun begitu, Marcella ni seorang yang gemar bermain Poker. Dimana Islam yang dianuti Marcella sudah. Nauzubillah.

Gambar terbaru Irma Hasmie

Pelakon manis dan putih melepak, Irma Hasmie menolak tuduhan dan dakwaan pihak-pihak tertentu selama ini dia telah “mengikis” duit kekasihnya Nabil Raja Lawak selain bergantung harap kepada pelawak itu untuk popular atau mencari publisiti. Kata Irma, tuduhan itu mungkin datang daripada mereka yang cemburu melihat keintiman hubungannya dengan Nabil yang telah terjalin kira-kira dua tahun lalu.

“Saya seorang yang suka berdikari. Kalau saya sukakan sesuatu, saya akan cuba memperoleh sesuatu perkara. Kalau tak mampu, saya takkan ambil. Saya juga lebih suka bersederhana. Saya dan Nabil masih berhubung seperti biasa cuma masa untuk selalu berjumpa agak terbatas kerana dia lebih sibuk daripada saya.
“Segala dugaan dilalui bersama-sama. Kadangkala, dia juga suka menyakat saya sehingga saya marah dan menangis. Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bertunang apabila sudah menetapkan untuk berkahwin,” tambah Irma lagi. -mStar

Gambar Azie Yahaya seksi

Jumaat, 4 Jun 2010

Kenal dengan Azie Yahaya tak? kalau tak kenal tak per lah, mungkin ini ada butir-butir sedikit mengenainya yang boleh anda mengenalinya. Dia ni seorang artis dan juga pelakon baru dalam dunia seni. Untuk sesetengah filem/drama sahaja yang dibintanginya terutama drama Kapten Kit dalam TV3 yang dah lama tamat. Memang manis orangnya, gambar dengan 'kekasih'nya juga tidak kurang hebatnya hensem. Memang padanlah dengan Azie Yahaya ni. Body dah ada dah, kiranya full pakej lah. :) -ManggaOnline

Alyah nafi tiru atau cedok lagu Lady Gaga

Penyanyi berbakat besar dan cun melecun, Alyah menyangkal dan menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa album terbarunya yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini cuba mencedok rentak lagu artis antarabangsa yang popular juga di YoutTube.com, Lady Gaga. Album terbarunya itu adalam 100 peratus diterbitkan Alyah sendiri dengan memuatkan enam buah lagu. Ia melibatkan beberapa komposer seperti Azlan Abu Hassan, Omar K, Julfekar dan Aidit Alfian.

“Oh tidak...apa yang Alyah buat adalah dari Alyah sendiri. Alyah belajar muzik. Dulu Alyah tak pernah ambil tahu ini semua. “Abang Ajai beri peluang duduk kat studio semasa merakamkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Bila saya buat persembahan, Alyah diberi peluang untuk memilih lagu untuk membuat persembahan. Dari situ, Alyah belajar apa yang saya nak, apa yang sesuai dengan saya, apa yang ada dengan Alyah. Jadi album terbaru Alyah nanti memang 100 peratus pemilihan Alyah sendiri,” kata Alyah. -mStar

Gambar kekasih Tauke Raja Lawak?

Khamis, 3 Jun 2010

Masih kenal lagi dengan Tauke Raja Lawak tak. Kalau ada channel Warna mesti korang selalu tengok Gerabak yang ada Tauke Raja Lawak ni. Lucu memang lucu gak sebab selalu di buli dengan Angah Raja Lawak. Kalau mahu diikutkan Tauke tak lah hensem sangat, tapi korang nak tahu dia ada 'kekasih' yang cun melecun tahap imposible. Nama 'kekasih'nya itu adalah Ieda Siska (24). Memang bertuah lah kiranya Tauke Raja Lawak nie dapat awek cun. Tapi dengar-dengar dulu Tauke dah ada anak dan berkeluarga dan ada juga dakwaan daripada sesetengah pihak di Forum Cari, Siska ni dahulu pernah join geng lesbian, betul atau tidak, Wallahualam...

Gambar Watie Elite Seksi

Baru kelmarin ada post mengenai kumpulan Elite. Tapi hari ini adalah post mengenai Watie sahaja. Bukan apa, Watie baru-baru ni telah membuat satu sesi gambar untuk mStar. Memang seksi juga lah Watie. Dengan aksinya menayangkan paha dalam kesemua aksi bergambar. Bahagian atas tertutup rapat habis menggunakan baju lengan panjang lagi, mungkin motif gambar adalah nak tayangkan paha jerk kot. Korang layan dan komen jerk lah gambar di bawah ni, malas nak ngomel banyak-banyak pula. Hehe.






Ibu Ifa Raziah meninggal dunia, sempat berikan hadiah

Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah, 35, tidak sempat untuk berada di sisi arwah ibunya Maimunah Ahmad, 56, yang pulang ke rahmatullah semalam. Semasa peristiwa sedih itu, Ifa sibuk di lokasi penggambaran. Dalam kesedihan, pelakon drama Rahsia Hati itu sudi berkongsi cerita dia sebenarnya berjaya menggembirakan hati ibunnya sebelum Allahyarham menutup mata buat selama-lamanya.Menurut Ifa, sekali pun tidak sempat untuk berada di sisi ibunya di saat-saat akhir namun dia berpuas hati kerana sempat menghadiahkan arwah sebentuk cincin berlian bersempena sambutan Hari Ibu pada 9 Mei lalu.

Ibu Ifa meninggal dunia kira-kira pada pukul 7 malam semalam di Hospital Kangar, Perlis kerana komplikasi penyakit buah pinggang. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halaman mereka di Felda Guar Napai, Kodiang pada 12 tengah hari ini. -mStar

Kumpulan Elite berkumpul dengan anak-anak mereka

Rabu, 2 Jun 2010

Dalam keluaran terbaru majalah Media Hiburan untuk bulan Jun 2010 ini telah meletakkan muka depan (cover) dengan dihiasi kumpulan Elite dan juga anak-anak mereka yang kian membesar dewasa. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1996 ini masing-masing dah berkahwin dari (Sasha) Sasha binti Saidin, (Watie) Norwati binti Sadali, (Abby) Arbaiyah binti Abdul Manan dan (Linda) Azlinda binti Rafar kecuali (Azza) Nor Azzarima binti Zawari. Selepas mereka membawa haluan masing-masing ada juga kes cerai, kes bersama kekasih dan banyak lagi lah. Walaupun kumpulan mereka ada yang silih berganti namun yang asal tetap menjadi perhatian kerana mempunyai bakat kumpulan wanita yang terbaik sehingga kini.

Aqasha dah bertunang? (gambar)

Pelakon kacak, ganteng, hensem dan lantang ini merupakan salah seorang artis yang kuat marah juga, dengar2 melalui kisah blognya dahulu. Tak pe, itu perkara lalu, lupakan. Baru-baru ni ada yang mengejutkan juga, khabarnya dia akan bertunang atau dah bertunang atau lain-lain lagi cerita berdasarkan gambar studio yang diambil bersama pasangannya yang bernama Baizura. Baizura tidak mempunyai maklumat yang lebih lanjut. Mungkin Aqasha akan buat pengumuman mengenainya tidak lama lagi. Tahniah lah kalau macamtue. :)

Kekasih Rozita Che Wan macam Akshay Kumar

Sejak Rozita Che Wan mengaku telah bertemu dengan lelaki idamannya, ramai yang ingin mengetahui siapa lelaki bertuah itu. Setakat ini, Rozita masih merahsiakan banyak perkara tentang lelaki berusia 34 tahun itu. Ini kerana dia bimbang sekiranya cinta yang baru berputik beberapa bulan lalu itu putus di tengah jalan. Khabarnya wajah lelaki yang berjaya menawan hati ibu kepada dua anak itu mirip-mirip pelakon hindustan Akshay Kumar. Walaupun saling mengenali sejak empat tahun lalu, mereka berdua masih belum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Kalau nak tahu siapa dia, kena tunggu sehingga saya bersara dari dunia lakonan pada tahun depan,” katanya ramah.
Rozita pernah berkata, dia akan berhenti daripada berlakon setelah mendirikan rumah tangga kelak. -mSTar

Gambar Fasha Sandha waktu kanak-kanak

Selasa, 1 Jun 2010

Jarang kita dapat memiliki atau melihat gambar waktu kita kanak-kanak apatah lagi usia makin meningkat. Almaklumlah zaman dahulu kamera canggih2 belum wujud lagi, jadi nak dapatkan sebuah kamera adalah perkara tidak penting. Namun sekarang, pelbagai jenis kamera dikeluarkan, sepertinya perlumbaan penjualan kamera. Berbalik kepada Fasha, gambar yang dia miliki ini adalah sekitar usinya 4-5 tahun. Memang comel dan tak ubah seperti Fasha yang sudah dewasa. Walaupun asal Penang, tapi dia memiliki kulit yang cerah dan putih. :)

Nora Danish keluar malam dengan siapa?

Gambar di bawah ni agak mengejutkan sedikit, manakan tidak status ibu tunggal milik Nora Danish kini semakin diragui dan bakal ditinggalkan tidak lama lagi. Baru-baru ini, dia disyaki keluar malam yang didakwa sumber berjalan jam 3 pagi di salah sebuah restoran yang kurang pasti dimana. Tapi dia tidak keseorangan malah ditemani oleh beberapa orang rakan dan juga lelaki misteri yang menemaninya di sana. Apa kah dia teman baru Nora Danish? kita dan tunggu jawapan daripada Nora Danish mengenainya di mana-mana akhbar tempatan. :)

Doakan anak Nadia Mustaffa sembuh daripada H1N1

Pelakon drama popular, Nadia Mustaffa buat masa ini terpaksa mengkuarantinkan diri di rumah bersama suami kerana anak-anak kecilnya dijangkiti virus H1N1. Tindakan berjaga-jaga itu diambil selepas anak perempuan, Qaisara Hazil Izham, 2, dan anak lelaki, Qaliss Hazil Izham, 1, dikenal pasti dijangkiti virus berbahaya itu pada Ahad lalu. Bagaimanapun kata Nadia, anak-anaknya telah dibenarkan keluar dari hospital Pantai Cheras pada Khamis lalu.

"Mereka dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu dan empat hari kemudian, mereka dibenarkan keluar dari hospital. Tidak lagi dikenakan drip dan mereka dah boleh minum susu. Walaupun dah empat hari, saya tidak boleh keluar dari rumah," katanya.
Nadia yang sedang mengambil cuti sakit berasa hairan bagaimana dua anaknya boleh dijangkiti virus H1N1 itu kerana mereka tidak dibawa keluar dari rumah selama dua minggu sebelum itu. Katanya, sanak-saudara pernah datang melawat tetapi mereka tidak dikesan membawa virus tersebut selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
"Pada Ahad lalu, Qaisara mengalami demam panas secara mendadak. Suhu badannya mencecah 40 darjah celsius. Dalam tempoh lima jam kemudian, adiknya Qalis pun kena mengalami simptom yang sama iaitu demam panas secara mendadak, batuk dan selesema. Saya cepat-cepat membawa mereka ke hospital kerana mengesyaki dijangkiti virus H1N1. Bila periksa di hospital, doktor mengesahkan anak-anak saya dijangkiti H1N1," ujarnya lagi.
Nadia berkata, pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati dia dan suaminya pula tidak dijangkiti virus yang boleh mendatangkan maut kepada pesakit. -mStar