Perkhawinan Pembaca berita Saiful Nizam, Gadis Melayu Aida

Pada: Ahad, 6 Jun 2010
Juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 28, dengan sekali lafaz di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Country Homes, Rawang, malam semalam. Mohd Saiful dan Aida dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zali Ismail, 59, dengan mas kahwin RM6,000 kira-kira jam 9.30 malam. Antara personaliti televisyen yang hadir termasuk Datin Norazlina Ridzuan, Norhaizi Mohd Rani, Zainal Arifin Ismail dan Zulhairah Mustafa.

Mohd Saiful pula menerima sembilan dulang iaitu, Tafsir Al-Quran, songket, butang baju Melayu, cincin, kemeja, cermin mata gelap, sirih junjung, kasut, jam tangan dan kek. -mStar

Tag : , , ,