Kekasih Rozita Che Wan macam Akshay Kumar

Pada: Rabu, 2 Jun 2010
Sejak Rozita Che Wan mengaku telah bertemu dengan lelaki idamannya, ramai yang ingin mengetahui siapa lelaki bertuah itu. Setakat ini, Rozita masih merahsiakan banyak perkara tentang lelaki berusia 34 tahun itu. Ini kerana dia bimbang sekiranya cinta yang baru berputik beberapa bulan lalu itu putus di tengah jalan. Khabarnya wajah lelaki yang berjaya menawan hati ibu kepada dua anak itu mirip-mirip pelakon hindustan Akshay Kumar. Walaupun saling mengenali sejak empat tahun lalu, mereka berdua masih belum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Kalau nak tahu siapa dia, kena tunggu sehingga saya bersara dari dunia lakonan pada tahun depan,” katanya ramah.
Rozita pernah berkata, dia akan berhenti daripada berlakon setelah mendirikan rumah tangga kelak. -mSTar

Tag : , , ,