Norman Hakim, Memey nak kahwin cepat

Pada: Isnin, 7 Jun 2010
Sejak setahun lalu, kerap kedengaran khabar angin yang mengatakan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal mendirikan rumahtangga. Tetapi kali ini ia bukan lagi satu khabar angin, tetapi berita sahih yang datang daripada mulut Norman sendiri. Di dalam Harian Metro - 'Masa tepat belum tiba' - Norman berterus-terang memberitahu, Jika tiada aral melintang, kami akan langsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Memang itu niat kami kerana saya berpendapat hubungan yang kami jalin selama ini adalah suci.

Dedahnya, tempoh dua tahun mereka bersama melihat Memey dan dirinya melalui pelbagai "peristiwa pahit manis". Dan setiap hari dia berdoa agar jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin. Tapi betul ke Memey dah bersetuju nak kahwin sebab sebelum ini bila diajukan persoalan mengenai perkahwinan, Memey meskipun tidak menolak, jika itulah yang ditakdirkan berlaku, bagaimanapun kerapkali menegaskan yang dirinya masih terlalu muda, ditambah pula dia ingin memberi perhatian sepenuh pada kerjaya seninya.

"Perkara berkaitan jodoh sudah saya suarakan kepada Memey dan syukur dia sependapat dengan saya.” tambah Norman Hakim. -Gua

Tag : , , ,