Pada:
Selasa, 8 Jun 2010

“Siapa Ajai hendak merendah-rendahkan saya? Dia pun popular disebabkan saya yang menaikkan namanya bersama Exist dulu. Tahu atau tidak lirik lagu Untukmu Ibu siapa yang tulis kalau bukan saya?” soal Saari.Dalam sidang akhbar anjuran Astro, Ajai dikatakan mengambil contoh Saari Amri berjaya sebagai seorang komposer tetapi dia tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang muzik. Saari yang hanya berkelulusan peringkat sekolah rendah dan pernah bekerja sebagai buruh binaan berkata, walaupun tidak belajar tinggi tetapi dia berjaya menghasilkan album yang pernah mencecah jualan ratusan ribu unit. Antaranya Kumpulan Ukays, Slam, Ziana Zain, Nicky Ardilla dan beberapa artis popular lain. Malah kata Saari, penyanyi Andy Lau juga pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu suatu ketika dahulu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

“Bukan saya nak bangga diri. Tengoklah orang yang tak ada pendidikan tinggi macam saya pun mendapat pengiktirafan daripada penyanyi luar,” ujarnya.Tambah Saari lagi, Ajai boleh memberi contoh dalam sidang media itu tetapi seelok-eloknya janganlah menyebut nama individu tertentu kerana ia kelihatan agak kurang cerdik.
Kata Saari, Ajai perlu melihat juga dirinya apabila dia sering kali mendapat reaksi negatif daripada peminat setiap kali memberi komen yang pedas apabila diundang menjadi juri dalam sesebuah rancangan realiti.
“Kalau dia bagi komen bukan main ‘laser’ lagi mulut dia. Ramai juga orang tak suka. Jadi faham-faham sajalah. Saya anggap dia macam budak kecil,” kata Saari.Sementara itu Ajai dalam kenyataannya itu tidak bermaksud untuk memperlekehkan Saari.
“Niat saya baik iaitu ingin memberi penghormatan kepada Saari. Tetapi mungkin ada sedikit salah faham. Apa-apa pun saya lebih senang untuk meminta maaf daripadanya,” kata Ajai yang tidak mahu perkara itu berpanjangan.
Tag : Ajai , Berita Artis , Komposer Lagu , Saari Amri

