Zarina An Julie Bebas Dakwaan Miliki Dadah

Pada: Khamis, 3 Januari 2013
Zarina Anjoulie Lavocah memang sudah dikenali ramai kerana kadang kala menimbulkan kontroversi. Yang terbaru mengenai pelakon ini adalah, dia disyaki bersama-sama rakan lelakinya mempunyai 2 biji pil erimin 5 seberat 0.6 gram pada 4 hari yang lalu.

Zarina yang kini dalam prosiding mahkamah Majistret Petaling Jaya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Menurut sumber, kejadiaan itu berlaku di kediaman ntah milik siapa di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada 5.30PM, 30 Disember 2012.
gambar MediaHiburan
Kalau terbukti bersalah mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tapi Zarina dan seorang rakannya lagi itu kini dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.

Tag : , , , , , ,