Pada:
Sabtu, 18 Mac 2017
Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.
Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.
Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.
Walaupun mahligai yang dibina tidak kekal lama, Zarina akui beliau tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.
Zarina dan bekas suaminya mula berkenalan sekitar tahun 2014 menerusi laman Instagram sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada 8 Februari 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martrin Ezra yang kini berusia enam bulan. -HarianMetro
Tag : Berita Artis , Gossip Artis , Pelakon , Perceraian Artis , Zarina An Julie



