Zarina Dibebaskan, Seniman Bakal Pecat

Pada: Isnin, 7 Januari 2013
Zarina Anjoulie yang sebelum ini didakwa telah memiliki dadah jenis Eramin pada 30 Disember lalu dengan kegagalaan penjamin daripada ahli keluarganya sehinggakan dirinya terpaksa diseret ke Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Nasiblah masih ada orang yang mahu bersimpati dengan Zarina iaitu adik perempuan tirinya sebanyak RM2000 pada 10 pagi hari Jumaat, 4 Januari 2013.

Komen Presiden Seniman yang memetik portal Kosmo! semalam menyatakan yang kemungkinan Zarina akan dipecat sebagai ahli seniman kerana jenayah yang dilakukannya ini.
"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."

"Sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan memecatnya daripada menjadi ahli,

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.

Tag : , , , , , ,