Pada:
Selasa, 12 Februari 2013
Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Aish Macam-macam dah..
Tag : Berita Artis , Dadah , Kes Polis , Mahkamah , Pelakon , Petaling Jaya , Zarina An Julie


