Pada:
Khamis, 2 April 2015
Delima difahamkan dengan dua adiknya dalam perjalanan untuk pulang dari Mersing (Johor) ke Puchong (Selangor). Kereta yang dipandu oleh adiknya itu terbabas akibat jalan licin berikutan hujan lebat yang melanda sehingga melanggar lori.
"Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan.
"Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,"
"Saya dan adik baru sahaja menghantar anak buah yang melanjutkan pengajian di MRSM, Mersing," -Delima
Tag : Berita Artis , Delimawati , Filem , Johor , Kemalangan , Pelakon , Selangor


