Raja Azmi Pernah Mencuri barang kemas nenek!

Pada: Sabtu, 1 Mac 2014
Mememtik portal mStar, Raja Azmi dikatakan pernah bersikap nakal pada usia 19 tahunnya. Dia dikatakan mencuri dan menjual barang kemas kepunyaan neneknya.

Ini adalah salah satu kisah buruk yang terlintas di fikiran Raja Azmi ketika memijakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah sejak 11 Februari yang lalu sehingga 23 Februari ditemani oleh rakan-rakanya.

"Saya langsung tidak ingat peristiwa itu sehinggalah saya berdoa meminta ampun di hadapan Kaabah saya tiba-tiba teringat peristiwa mencuri barang kemas nenek. Saya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

"Satu keajaiban kerana saya langsung tidak mengingati kejadian itu dan ia satu kebesaran Allah bagaimana kita boleh mengingati peristiwa besar yang kita tidak sangka," -Raja Azmi

Tag : , , , , ,