Gambar Pernikahan Raja Azmi, Eddie

Pada: Isnin, 14 Oktober 2013
Tahniah kepada Raja Azmi Raja Sulaiman sebab sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali iaitu gitaris kumpulan CRK dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di pada malam Ahad, jam 9.30 malam.

Raja Azmi menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rombongan lelaki turut membawa 1 dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih. Manakala pihak perempuan membalas 3 dulang hantaran berupa manis-manisan seperti coklat, biskut dan jeli. -mStar

Tag : , , , , , , , , ,