Pada:
Rabu, 17 September 2014

Sumber yang boleh dipercayai itu telah menyampaikan maklumat berkenaan namun tidak dipastikan di tahap mana kegoyahannya itu. Namun Raja Azmi yang ditemui menafikan hal itu, dan menegaskan yang dia dengan suami baik-baik sahaja.
“Namun setakat ini kami masih suami isteri dan belum sampai ke tahap berpisah. Cuma hati saya sudah tawar. Tak perlulah saya jelaskan apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Biar saya simpan dulu sampai masa yang sesuai nanti.”
“Kami sedang memberi ruang kepada satu sama lain memperbaiki dan mempertimbangkan setiap aspek sebelum buat keputusan. Jangan tuduh rumah tangga kami bermasalah sebab isu duit sebab ia tak ada kena mengena langsung. Eddie menjalankan tanggungjawabnya untuk nafkah saya sehabis baik.”
“Cuma adalah hal peribadi yang berlaku dan saya tak bersedia lagi untuk berkongsi dengan masyarakat.” -Raja Azmi
Tag : Gossip Artis , Pengarah Filem , Perceraian Artis , Raja Azmi , Rumah Tangga , Suami Isteri , Tudung