Gaun Pengantin Raja Azmi RM30,000!

Pada: Rabu, 25 September 2013
Menurut portal Murai, pengarah filem, Raja Azmi sudah membuat persiapan perkahwinannya ke-2 dengan tunangnya, Eddie Ghazali tidak lama lagi yakni pada 13 Okotber di Istana Budaya. Persiapan itu merangkumi pelbagai aspek daripada hataran sehinggalah kepada pelamin.

Menurut sumber yang dipercayai, gaun baju pengantin Raja Azmi adalah gaun yang cukup istimewa sehingga memukau mata memandang. Walaupun tidak diketahui secara terperinci, namun dapat dibongkarkan sedikit yang gaun berkenaan ada ciri-ciri kesukaan Raja Azmi sendiri, iaitu Rose Gold dan bakal dipenuhi labuci, manik-manik serta batu swarovski.

Gaun itu direka khas oleh Leslie Varayan dengan nilai lingkungan RM30,000.!

Tag : , , , , ,