Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nama anak dikeji.. ini respon Linda Hashim..

Khamis, 7 Januari 2016

Beego, Linda timang anak ke-2 (gambar)

Khamis, 31 Disember 2015

Pelakon Beego dikhabarkan yang isterinya, Linda Hashim selamat melahirkan cahaya mata perempuan, pukul 7.15 pagi 28 Disember lalu di tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakkal

Ini merupakan anak kedua buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sejak Jun 2013.

Linda Hashim kini hamil anak ke-2 (gambar)

Rabu, 8 Julai 2015

Tahniah kepada Linda Hashim yang dikhabarkan kini berbadan dua sejak Mei lalu. Dan dalam pada masa yang sama tidak kembali aktif setelah anak yang terkini yang dikandungnya itu sehngga berusia 2 tahun kelak.
"Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula.

"Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya, kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu,"

"Alhamdulillah, tiada banyak masalah atau alahan seperti anak pertama dahulu (Jelita Clarissa , 4 bulan), saya pun tidak ada mengidam apa-apa setakat ini.

"Saya masih amalkan minum air zamzam, cuma sekarang sukar untuk dapatkan air tersebut. Pembekal yang dahulu juga beritahu saya agar lebih berhati-hati beli air zamzam kerana banyak yang tiruan.

"Jadi saya hanya kirim pada kawan-kawan yang pergi ke Mekah sahaja," -Linda petikan portal mStar

Anak Beego, Linda berusia 7 bulan (8 gambar)

Khamis, 18 Disember 2014


Jom lihat anak Beego dan Linda Hashim, Jelita Clarissa yang kini berusia nak masuk 7 bulan.

Linda, Beego mahu tinggalkan anaknya..

Isnin, 13 Oktober 2014

Memetik portal mStar, suami isteri, Linda Hashim dengan Beego menyifatkan anaknya Jelita Clarissa, yang kini berusia 5 bulan sebagai pembawa rahmat dimana ramai ahli keluarganya yang mahu menjaganya.

Jelas kenyataan itu merupakan salah satu faktor kesibukan mereka berdua jika bergiat semula dalam bidang lakonan.

Anak Beego, Linda menangis bila waktu Maghrib.. misteri~

Khamis, 10 Julai 2014

Dah makin comel dah anak kepada Beego dan Linda Hashim yang baru berusia 2 bulan bernama Jelita Clarisa. Nama pun jelita, harap nanti jelita jugalah kan anak mereka kelak bila besar.

Terbaru mengenai anak mereka itu, agak menjadi satu kepelikan apabila Jelita sering nangis bila waktu Maghrib tiba.
"Sekarang usia dia sudah masuk dua bulan dan semakin sihat tetapi saya dan isteri agak juga sebab dia kerap meragam dan menangis terutamanya waktu Maghrib.

"Bagaimanapun, saya tidak rasa masalah itu disebabkan oleh apa-apa gangguan lagipun sekarang ini bulan Ramadan. Linda (isteri) beritahu ia mungkin disebabkan rutin waktu tidur dia kerana dia akan tidur panjang selepas Maghrib dan terjaga pada tengah malam,"

"Pada usia ini bayi memang akan berjaga malam kerana ingin menyusu. Saya kasihan juga dengan Linda sebab dia tidak cukup tidur dan tiada masa untuk diri sendiri.

"Jika tidak ada penggambaran memang saya akan bantu dia menguruskan hal rumah tangga, namun hal mandikan bayi dan tidurkan bayi, Linda yang akan uruskan," -Beego. Petikan portal mStar

Gambar photography anak Beego, Linda (10 gambar)

Khamis, 22 Mei 2014

Gambar sesi photography anak kepada Beego dan Linda Hashim telah diambil baru-baru ini oleh seorang jurufoto bebas. Nama anak mereka itu adalah Jelita Clarissa dengan usianya sudah hampir sebulan. Jom layan. -foto Ryaniez Moments Photography

Linda Hashim selamat melahirkan anak perempuan (gambar)

Khamis, 24 April 2014

Tahniah kepada pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim dimana mereka selamat menimang anak pertama mereka.

Linda selamat bersalin seorang bayi berjantina perempuan pada 22 April lalu di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari.

Nama anak mereka ini diberi nama, Jelita.

50 Gambar photography kehamilan Linda bersama Beego

Khamis, 27 Februari 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Beego dengan Linda Hashim telah membuat satu sesi photography untuk memperlihatkan kehamilan Linda yang mencecah usia kini, 32 minggu aka 8 bulan lebih.

Tidak lama lagi mereka akan bergelar ayah dan ibu kepada anak sulung mereka, kita tunggu khabar baik Linda bersalin nanti. :) -gambar Facebook Ryaniez Moments Photography

Tahniah! Linda Hashim Hamil 2 Bulan

Rabu, 4 September 2013

Dikhabarkan yang pasangan suami isteri selebriti, Beego dan Linda Hashim bakal menimang anak tahun hadapan dimana Linda disahkan hamil/mengandung anak sulung mereka dengan usia kandungannya itu adalah 7 minggu bersamaan nak dekat dua bulan. Linda akui yang dia mempunyai kelainan dari segi pemakanan dan juga kesihatannya.

Mereka berdua dinikahkan pada 8 Jun yang lalu di di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju.

Gambar Persandingan Beego, Linda

Jumaat, 14 Jun 2013

Ini adalah gambar persandingan Beego dan Linda Hashim yang diadakan di Dataran Karyawan, Hulu Klang pada tarikh 8 Jun yang lalu. Dan dimuatnaik oleh fotographi mereka di laman Facebook pada hari Rabu lalu. Tanpa membuang masa lagi, mari lihat merpati dua sejoli ini. Apa-apa pun semoga berbahagia melayari bahtera berumahtangga. Lagi gambar di Ryaniez Moments Photography

Beego, Linda Sah Suami Isteri

Sabtu, 8 Jun 2013


Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju tadi 8 Jun selepas solat Isya, 9.25 PM.

Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan 9 dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.


Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan. -mStar | GUA  | cyanxkamo.blogspot.com

hantaran linda dan beego,hantaran pernikahan beego dan linda , linda dan beego nikah,linda dan beego kahwin,gambar pernikahan beego dan linda,ini blog heirizalieyana
hantaran linda dan beego,hantaran pernikahan beego dan linda , linda dan beego nikah,linda dan beego kahwin,gambar pernikahan beego dan linda,ini blog heirizalieyana
hantaran linda dan beego,hantaran pernikahan beego dan linda , linda dan beego nikah,linda dan beego kahwin,gambar pernikahan beego dan linda,ini blog heirizalieyana
hantaran linda dan beego,hantaran pernikahan beego dan linda , linda dan beego nikah,linda dan beego kahwin,gambar pernikahan beego dan linda,ini blog heirizalieyana

Gambar Kad Kahwin Linda, Beego

Selasa, 4 Jun 2013


Kalau dah pasangan selebriti, nak kahwin pastinya ada unsur seni. Tidak ketinggalan kad jemputan perkahwinan dari Linda Hashim dan Beego yang bertemakan kad kahwin versi 'shooting'.

Linda dan Beego sudah bertunang pada 3 November dan akan pula akan bernikah pada 7 Jun ini di Masjid Usamah Bin Zaid,  Wangsa Maju selepas solat Isya disusuli 8 Jun keesokkan harinya bersanding di Dataran Karyawan, Hulu Klang. Kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis itu. -gambar Budiey

Tunai Umrah Selepas Kahwin - Beego, Linda

Khamis, 30 Mei 2013

Berkongsi mengenai perancangan selepas kahwin, Linda dan tunangnya Beego, berhasrat untuk menunaikan umrah bersama dan jika tiada aral melintang, ia mungkin tertunai selepas Aidilfitri yakni selepas mereka bergelar suami isteri yang sah dimana majlis ijab kabulnya berlangsung pada bulan Jun nanti.
“Kalau nak cakap pasal bulan madu, kami sebenarnya tiada banyak masa sebab selepas kahwin saja sudah tiba bulan puasa, jadi waktunya agak suntuk. Kalau hendak berjalan jauh pun mungkin selepas raya. Cuma selepas berkahwin nanti, kami mungkin pergi bercuti dekat-dekat dulu, bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Selepas kahwin saya akan tetap terus berlakon. Begitupun, apabila sudah berumah tangga, kita kena ada had juga. Bagaimanapun Beego tidak menghalang saya untuk terus aktif dalam seni,” -Linda. -Bharian

Gambar Pra-Perkahwinan Beego, Linda Hashim

Khamis, 9 Mei 2013

Debaran kian terasa, perkahwinan yang akan berlangsung pada 6 Jun 2013 nanti oleh pasangan selebriti, Beego dan juga Linda Hashim. Baru-baru ini mereka telah membuat sesi photo pra-perkahwinan dengan tema semulajadi yakni berlatarbelakangkan flora dan fauna kehijauan hutan. Memang lain dari yang lain, berkonsepkan fesyen moden dan juga serapkan di dalam konsep flora dan fauna. -gambar facebook.com/ryaniezmoments









PM Terima Undangan Kahwin Beego, Linda Secara Spontan

Jumaat, 19 April 2013

Ini lah pengalaman dan detik yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan tunangan artis, Beego dan Linda Hashim apabila mereka telah memberikan sendiri kad undangan perkahwinan mereka secara spontan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang berlangsung pada bulan Jun hadapan ketika mereka berada di Majlis Rumah Mesra di kediaman PM, Putrajaya pada Rabu lalu.

Sekaligus merupakan individu pertama yang menerima undangan itu. -gambar InstaGram Linda Hashim
"Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir.

"Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti.

"Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya," -Beego, mStar

Umrah dan Mimpi Kisah Cinta Linda, Beego

Khamis, 7 Mac 2013

Beego dan Linda Hashim akan mendirikan rumahtangga atau bernikah pada 7 Jun 2013 ini bertempat di masjid kawasan Wangsa maju. Dan 8 Jun pula adalah resepsi mereka di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat Ampang.

Mengikut portal Murai, perkenalan Linda dengan Beego bermula ketika Linda menunaikan umrah di Makkah pada April 2011 dimana Beego menelefon Linda ketika Linda berada dihadapan Kaabah.
"Saya terkejut apabila ketika berada di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor Malaysia yang tidak dikenali.

"Kebiasaannya, saya tidak akan angkat telefon bila terpapar nombor yang tidak dikenali. Tapi tak tahu mengapa, saya tergerak untuk menjawab panggilan itu dan rupanya pemanggil itu adalah Beego.

"Saya rasa pelik mengapa Beego yang sebelum ini tidak pernah menghubungi saya itu tiba-tiba telefon bertanya khabar ketika saya berada di tanah suci," -Linda Hashim
Lain pula kisahnya di dengan Beego, dimana dia menelefon Linda kerana terjaga dari bermimipi pelakon jelita itu.
"Saya sebenarnya sudah lama menaruh harapan cinta kepada Linda tetapi belum pernah secara serius memberitahunya. Namun saya terkejut apabila mimpikan dia dan bila bangun pagi saya terus membuat panggilan kepada Linda untuk bertanyakan khabar.

"Tak sangka pula, dia ketika itu sedang berada di Mekah mengerjakan umrah.Bila saya dapat tahu dia di sana, saya dengan berseleroh berkata minta-minta nampaklah wajah saya di sana sebagai jodohnya," -Beego
 Dan tanpa membuang masa mereka bertunang pada Oktober 2012. Sweet kan?

Gambar Mesra Beego, Linda Hashim

Selasa, 15 Januari 2013

Sudah 2 bulan lebih bertunang sejak 3 November 2012 yang lalu, pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim begitu bahagia sekali buat masa ini.

Gambar kemesraan mereka juga dimuatnaik di dalam laman sosial masing-masing. Tapi sepertinya kemunculan mereka di kaca tv macam kurang, tak tahulah kalau ada perancangan dalam aktiviti filem. -gambar Gosip Cari

Linda Hashim, Beego Sudah Bertunang!

Isnin, 19 November 2012

Dalam diam-diam kedua-dua pelakon, Linda Hashim dan Beego sudah pun bertunang pada 3 November yang lalu.

Ini kerana sebuah akhbar tempatan telah membongkar rahsia ini beberapa hari yang lalu.

Dalam sumber berkenaan Beego memberikan hantaran berupa cincin, kek dan buah-buahan serta RM25,000 wang hantaran.

Berita ini disahkan lagi oleh Linda sendiri akhirnya, namun tidak mahu mengulas panjang lebar kerana difahamkan untuk menghormati permintaan keluarganya.
"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

"InsyaAllah, jika tiada aral kami rancang untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun depan. Kami belum putuskan tarikh tertentu lagi," katanya. -mStar

Beego Nak Lamar Linda Bulan Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Beego sedang merancang untuk berkahwin dengan Linda Hashim yang dijadualkan pada tahun depan.
Pada 1 Oktober lalu, Beego menyatakan dalam sisispan Bharian yang dia akan membawa keluarganya untuk merisik dan melamar Linda pada pertengahan bulan ini.

Menurut Beego lagi, kalau boleh dia tak nak bertunang tapi nak terus bernikah dengan Linda. Tarikah pernikahan itu masih lagi dalam perangcangan dan perancangannya pada pertengahan tahun 2013. 
“Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu.  Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda,” cerita Beego