Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Adibah Noor Harap Ada Jodoh Dengan Halim Othman
Jumaat, 1 Mac 2013
Wah kalau dah jodoh memang tak perlu nak kata apa lagi, mungkin ramai yang tidak menyangka yang penyanyi dan juga deejay radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak jika rakan sejawatnya, Halim Othman adalah jodohnya.
Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.
Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.
Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.
"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," -Adibah
Halim Othman sudah ada calon isteri!
Isnin, 3 Oktober 2011
Siapa tidak kenal dengan Halim Othman pengacara yang pernah diangkat menerusi rancangan game show rodia impan. Halim kini berusia 47 tahun sentiasa awet muda gitu. Bila bercerita mengenai Halim, mesti korang ingat pasal jodoh dia kan. Memang, buat masa ni Halim masih lagi dalam proses ke arah perkahwinan. Dan dikhabarkan Halim akan bernikah secepat mungkin yakni tahun hadapan. Wah baguslah kalau macam tu.
Mesti peminat Halim terutama di radio Suria FM tidak sabar-sabar menanti siapakah calon yang telah berjaya mencuri hati Halim ni kan. Kita tunggu dan lihat sahajalah perkembangannya nanti. :)

Mesti peminat Halim terutama di radio Suria FM tidak sabar-sabar menanti siapakah calon yang telah berjaya mencuri hati Halim ni kan. Kita tunggu dan lihat sahajalah perkembangannya nanti. :)

Petikan ManggaOnline: “Apa yang boleh saya katakan adalah, masanya semakin hampir dan Insya-Allah perkara itu akan berlaku.
“Perkahwinan adalah perkara teratas dalam senarai impian saya, ia tidak akan berlaku dalam tahun ini tetapi tahun hadapan ia pasti ada.
“Calonnya masih dalam pengawasan, tetapi saya tidak mahu terlalu bercerita tentang perkara ini, kerana kebiasaannya jika terlalu banyak memperkatakannya, ia tidak berakhir dengan baik,”jelas Halim Othman.
Menyampah dengan Suria FM gara-gara Halim Othman
Selasa, 30 Mac 2010
Luahan Peminat: Saya merupakan salah seorang pendengar stesen Suria FM sejak awal kemunculan stesen ini lagi. Cuma apa yang dikesalkan apabila perubahan yang berlaku di stesen tersebut membuatkan saya menyampah. Menyampah? Mengapa saya menyampah? Pasti ramai yang tak puas hati dengan kenyataan saya ini memandangkan sudah ada pembaharuan yang dilakukan oleh stesen itu untuk menarik minat pendengar.
Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi. Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.
Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan? Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM. -Utusan
Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi. Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan? Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM. -Utusan
Halim Othman kahwin pada bulan Jun
Jumaat, 15 Januari 2010
Selama dua tahun berehat setelah meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008 yang lalu, Halim Othman berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini. Halim, 45, mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.


"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini. Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya.Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.
"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius. Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi. Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.






