Pada:
Selasa, 30 Mac 2010
Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi. Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan? Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM. -Utusan
Tag : Berita Artis , Deejay Radio , Halim Othman , Luahan Peminat , Suria FM

