Halim Othman sudah ada calon isteri!

Pada: Isnin, 3 Oktober 2011
Siapa tidak kenal dengan Halim Othman pengacara yang pernah diangkat menerusi rancangan game show rodia impan. Halim kini berusia 47 tahun sentiasa awet muda gitu. Bila bercerita mengenai Halim, mesti korang ingat pasal jodoh dia kan. Memang, buat masa ni Halim masih lagi dalam proses ke arah perkahwinan. Dan dikhabarkan Halim akan bernikah secepat mungkin yakni tahun hadapan. Wah baguslah kalau macam tu.

Mesti peminat Halim terutama di radio Suria FM tidak sabar-sabar menanti siapakah calon yang telah berjaya mencuri hati Halim ni kan. Kita tunggu dan lihat sahajalah perkembangannya nanti. :)

Petikan ManggaOnline: “Apa yang boleh saya katakan adalah, masanya semakin hampir dan Insya-Allah perkara itu akan berlaku.

“Perkahwinan adalah perkara teratas dalam senarai impian saya, ia tidak akan berlaku dalam tahun ini tetapi tahun hadapan ia pasti ada.

“Calonnya masih dalam pengawasan, tetapi saya tidak mahu terlalu bercerita tentang perkara ini, kerana kebiasaannya jika terlalu banyak memperkatakannya, ia tidak berakhir dengan baik,”jelas Halim Othman.

Tag : , , , , ,