Pada:
Sabtu, 23 September 2017
Michael terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.
"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium.
"Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.
"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang," katanya
Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.
"Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.
"Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.
"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya," katanya kepada mStar Online.
Tag : Aksi Cium , Drama , Fattah , Janna Nick , Kontroversi , Michael Ang , Pelakon , Pengarah Filem , Video Artis



