Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi video cium Fattah Amin, Janna Nick - ini komen Michael Ang

Sabtu, 23 September 2017

Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

Machael Ang selar Fathia Latff dengan bodoh!

Selasa, 19 September 2017

Akibat video kontroversi Fathia Latiff menampakkan bahagian dadanya, kini tampil pengarah filem/drama, Michael Ang mengomen video berkenaan di laman aplikasi Bigo.

Dia ada menyebut jika itu Fathia, maka bodoh lah dia.

“Kalau betul tu Fathia Latiff, memang bodoh la si Fathia Latiff tu memang tak ada kerja lain ke? Nampak sangat dia tak ada kerja lain kalau dia buat video tu,” ujarnya

Lebih lanjut kat video dibawah ni ah.

Nabil Ahmad 'panas' dengan peminat Fattah Amin

Khamis, 8 Jun 2017

Minggu lalu, dengar berita yang Fattah Amin tidak hadir ke program Meletop sehingga timbul isu sindir menyindir diantara beliau dengan Neelofa di media sosial.

Nabil Ahmad selaku host program itu juga menerima tempias daripada isu berkenaan apabila diserang peminat fanatik Fattah. peminat Fattah itu telah menghantar mesej langsung di akaun Instagramnya dan menyuruh Nabil mengambil iktibar dengan kejadian itu.

Fattah komen digandingkan dengan Fazura

Jumaat, 5 Mei 2017

Walaupun mereka jarang digandingkan bersama apatahlagi berjumpa rampang dua mata, namun kali ini Fattah Amin dengan Nur Fazura bakal digandingkan bersama untuk drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Kedua-dua dikhabarkan mungkin membuatkan drama ini lebih meletop daripada sebelum nya. Ini komen Fattah mengenai kali pertama digandingkan dengan Fazura

Mereka berdua tidak lagi selesa kerjasama - Michael Ang

Rabu, 22 Februari 2017

Status pasangan sensasi Neelofa dan Fattah Amin untuk bergandingan dalam drama terbaru akan diputuskan tidak lama lagi, kata Michael Ang.

Michael Ang berkata ketika ini beliau masih lagi dalam proses memujuk kedua-dua pelakon terbabit bagi membintangi drama Hero Seorang Cinderella yang akan memulakan pengembaraan 19 Mac ini.

“Saya masih cuba memujuk mereka. Kalau tidak, saya akan paksa perkara ini terjadi.

“Kalau segala usaha menemukan mereka gagal, sebagai pengarah dan penerbit saya sudah bersedia dengan perancangan lain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Namun menurut Micheal konflik yang berlaku antara artis paling popular 2016 dengan Fattah baru-baru ini mungkin menjadi penyebab hubungan mereka renggang dan tidak lagi selesa bekerja bersama.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini membabitkan Lofa dan Fatah dan mungkin perkara itu membuatkan mereka tidak selesa untuk bekerja kembali bersama.

“Tambah pula ada pihak lain cuba memperkotak-katikkan mereka membabitkan isu yang timbul sama ada membabitkan kerjaya mahupun peribadi,” katanya.

Rakan artis SOKONG perkahwinan Hafidz Roshdi? PANAS!

Rabu, 4 Mei 2016

Baru-baru ini kecoh dimana Michael Ang dan rakan-rakannya mengenai pelakon lelaki yang baru berkahwin, Hafidz Roshdi dimana mereka sedang membalas komen-komen yang mengutuk rupa isteri pelakon tersebut seperti katak dan mengatakan mereka akan bercerai.

Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.

Ish ish ish.. -Forum Cari

Michael Ang, Edry berdamai..

Selasa, 20 Oktober 2015


Michael Ang Dan Edry Abd Halim Akhirnya Berdamai
Nampaknya ‘persengketaan’ di antara pengarah popular, Michael Ang dan pengetua Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Edry Abd Halim akhirnya terlerai selepas kedua-duanya dilihat sudah boleh bergambar bersama dalam sebuah majlis yang dihadiri, baru-baru ini.

Memetik Mynewshub, Michael Ang dilihat berkongsi foto terbaharunya itu bersama Edry di laman Instagram.
“Tammat, move on, Gegar Vaganza next!”
bagi menggambarkan yang kedua-duanya sudah pun move on daripada ‘pergaduhan’ yang tercetus minggu lalu.

Tak layak menang sebab dari Singapura, ini komen Sufi AF

Jumaat, 16 Oktober 2015


Respon Sufi AF2015 Bila Ramai Pertikaikan Kemenangannya
Pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik memetik Murai.

Sufi turut tampil untuk memberikan respon mengenai hal itu menerusi portal Murai dimana dia sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.
Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. -Sufi AF

Michael Ang kritik AF!, ini jawapan pedas Edry..

Selasa, 13 Oktober 2015

Pengarah filem/drama, Michael Ang telah mengkritik dan kurang senang pada malam akhir Akademi Fantasia (AF) di laman sosial Twitter miliknya dimana kemenangan pelajar Sufi dan pemilihan lagu ada kaitan dengan KRU Music.

Ramai juga yang difahamkan menghentam balik kenyataan Michael namun buat Michael dia membuat kenyataan itu sebagai gurauan.

Bagi penetua AF, Edry Abdul Halim menganggap kenyataan Michael itu tidak relevan kerana Michael bukan dari aliran orang muzik.
“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," -sindir Edry memetik portal HarianMetro semalam