Sekitar pertunangan Yuna, Adam Sinclair (6 gambar)

Pada: Ahad, 6 Ogos 2017
Yuna Zarai selamat bertunang dengan jejaka pilihannya Adam Yousof Mohamed Sinclair (adik pelakon Ashraf Sinclair), petang semalam di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.


"Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya.

Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair," kata Yuna.

Menurut Yuna, ini merupakan saat yang sangat manis baginya kerana ini langkah pertama mereka untuk hidup bersama.
"Saya sangat bersyukur berjumpa denganseorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah."

"Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan membuat saya tersenyum dan ketawa,” katanya memetik harianMetro

Tag : , , , , , , , , ,