Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Everything Is About “Aurat” Nowadays - Tiz Zaqyah

Rabu, 27 September 2017

Tiz Zaqyah baru-baru ini ada meluahkan di Twitter miliknya berhubung kontroversi yang telah melanda rakannya, Fathia Latiff mengenai video penampakkan 'apple'.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

Fathia Latif mengaku salah, tapi sebenarnya dia tidak tahu yang....

Khamis, 21 September 2017

Video kontroversi yang memperlihatkan Fathia Latiff menari menampakkan asetnya dengan rakan selebriti, Natasha Elyzza minggu lalu, kini tampil untuk tidak menafikan hal itu adalah dirinya sendiri.

Sebelum ini Fathia menafikan hal itu kerana enggan membuka aibnya sendiri. Namun kini semuanya jelas, Fathia mengakui semuanya.

Paling menarik sekali, baca perenggan kat bawah sekali tu yer.
"Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.

"Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi dan terus menimbulkan tanda tanya. Saya fikir jujur lebih baik dan diredai walaupun saya terima cemuhan. Suka atau tidak, saya harus pikul bebanan hebat atas perbuatan saya.

"Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

"Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya," katanya
Fathia berkata, dia tidak menyangka video Bigo Live boleh dipertontonkan kepada umum.
"Jujurnya, saya tidak tahu aplikasi Bigo Live. Saya fikir Natasha merakamkan video hanya untuk simpanan peribadi. Sebab itulah, saya tidak bertudung dan berperangai 'gila-gila' sekadar mahu berseronok dalam video itu,

"Ketika itu, saya, Natasha dan beberapa teman wanita menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

"Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

"Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudahpun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik,

"Mungkin Allah mahu menunjukkan pengajaran dan teladan buat saya. Saya akan lebih berhati-hati dengan apa juga rakaman video selepas ini.

"Saya hanya manusia biasa, kadang kala saya hanya mahu bergembira dengan teman wanita yang saya rapat, tetapi tidak sangka, video mencolok mata pula tersebar," katanya ketika dihubungi BH Online.

Machael Ang selar Fathia Latff dengan bodoh!

Selasa, 19 September 2017

Akibat video kontroversi Fathia Latiff menampakkan bahagian dadanya, kini tampil pengarah filem/drama, Michael Ang mengomen video berkenaan di laman aplikasi Bigo.

Dia ada menyebut jika itu Fathia, maka bodoh lah dia.

“Kalau betul tu Fathia Latiff, memang bodoh la si Fathia Latiff tu memang tak ada kerja lain ke? Nampak sangat dia tak ada kerja lain kalau dia buat video tu,” ujarnya

Lebih lanjut kat video dibawah ni ah.

Natasha Elyzza tayang buah 'apple', Fathia Latiff juga sama? (video)

Sabtu, 16 September 2017

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

Fathia Latiff umum tak jadi kahwin tahun ini, sebab....

Jumaat, 4 Ogos 2017

Dengar khabar yang Fathia Latiff telah membuat pengumuman yang majlis perkahwinannya pada tahun ini tidak akan dilaksana. Khabar ini sangat menyedihkan buat dirinya.

Bukan sebab kurang bajet atau kos, tapi disebabkan hubungannya dengan jejaka A sudah berakhir bulan lalu.

Buka tudung selesa bagi Fathia Latiff tapi....

Jumaat, 21 Julai 2017

Baru-baru ini gambar Fathia Latiff membuka tudung dengan seorang jejaka tersebar di media sosial. Ramai orang menganggap itu adalah kekasihnya.

Namun bagi Fathia, dia menafikan jejaka itu kekasihnya sebaliknya hanya selesa membuka tudung dengan keluarga sahaja

“Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya. Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir”

“Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung. Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu memakai tudung. Daripada mengecam, lebih elok mendoakan saya,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Menerusi laporan Harian Metro, Fathia turut memohon maaf andai tindakannya yang membuka tudung tidak disenangi peminat. Namun jelasnya lagi, beliau tidak mengetahui bagaimana gambarnya tidak memakai tudung ketika meluangkan masa bersama saudara boleh tersebar ke laman sosial.

Adakah ini kekasih Fathia Latiff

Khamis, 22 Jun 2017


Menurut Miss K daripada portal AstroGempak, ada rakan beliau yang melihat Fathia Latiff begitu mesra dengan seorang lelaki yang segak dan berkepala botak di sebuah kedai makan. Malah, lelaki itu dikatakan adalah invidu yang sama dimana foto beliau dimuat naik oleh Fathia di Insta Stories.

Fathia Latiff berpurdah di Makkah (9 gambar)

Isnin, 12 Jun 2017

Baru-baru ini pula Fathia Latiff memuat naik foto dia memakai purdah di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen, ketika ini Fathia difahamkan tengah menunaikan ibadah Umrah kali ke-3 bersama keluarganya dan sekaligus menyambut bulan Ramadan di Tanah Suci, Makkah.

Dan ini diantara pujian komen di Instagram milik Fathia mengenai gambar berpurdahnya itu.

Bertudung & berpakaian sendat! ini komen cool Fathia Latiff

Khamis, 23 Februari 2017

Walaupun sebelum ini pernah dikritik kerana berpakaian sendat sambil bertudung, namun itu semua sudah tidak berkesan buat empunya badan, Fathia Latiff. Kerana kritikan sedemikian bukan membuat dirinya marah tapi ianya dalam proses menilai dan memilih fesyen mana yang sesuai dengan dirinya sejajar dengan mendalami ilmu agama
“Saya tidak marah dengan mereka yang mengkritik mengenai cara saya mengenakan tudung dan sebagainya.

“Saya akui pada awalnya ketika mengenakan tudung saya begitu ekstrem. Ketika itu saya berfikiran perlu menjaga setiap perkara dalam pemakaian.

"Saya yang tanam imej itu dalam fikiran mereka,

“Bagaimanapun bila saya faham Islam itu mudah, apa yang penting kini adalah perubahan yang datang secara perlahan-lahan.

“Sekali gus memastikan diri saya benar-benar selesa dahulu. Saya tidak mahu dikemudian hari ada perasaan memberontak dalam diri, itu yang cuba saya elakkan,” katanya kepada Utusan Online.

Fathia Latiff dikecam kerana berpakaian macam ni? (5 gambar)

Khamis, 2 Februari 2017

Hairan nitizen ni, pakai tudung salah nampak salah. Habis mereka kecam selebriti bertudung tapi tak kena dengan tempat. Tapi kalau selebriti tak pakai tudung atau nampak rambut seperti biasa, senyap je nak komen.

Kasihan Fathia Latiff gara-gara dikecam disebabkan bertudung dan pakaiannya tak kena dengan penampilannya ketika hadir di Gala Night anjuran Mood Republik.

Fathia enggan mohon maaf isu pramugari MAS!

Khamis, 15 Disember 2016

Fathia Latiff telah banyak dikecam gara-gara kes pramugari MAS berkaitan mengangkat beg di dalam kapal terbang. Namun semenjak hari itu, Fathia belum ada buat kenyataan sehinggalah semalam Fathia tampil membuat kenyataan pedasnya.

Ramai yang mendesak agar Fathia tampil untuk memohon maaf, dan ini jawapan Fathia
“Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya.

Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis”.

"Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu,” jelasnya pada Berita Harian Plus

Maria Tunku Sabri bidas Nur Fathia..

Khamis, 8 Disember 2016

Tindakan aktres Nur Fathia Latiff memuat naik gambar seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya telah menimbulkan reaksi banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan.

Personaliti TV3 yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS (1988 sehingga 1996), Maria Tunku Sabri, 46, menganggap tindakan aktres tersebut menyalahkan pramugari yang enggan mengangkat begnya ke dalam kompartmen sebagai perkara yang tidak wajar dilakukan.

Jelas Maria tugasan untuk membantu penumpang mengangkat beg ketika berada dalam pesawat hanya kepada mereka yang kurang berkemampuan sahaja.
"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan" jelas Maria memetik mStar Online
Bagaimanapun, Fathia sudah memadam foto pramugari berkenaan selepas menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati namun ia berjaya diviralkan oleh netizen.

Dalam pada itu, Maria menambah, sebagai selebriti yang berpelajaran, aktres tersebut seharusnya lebih peka dan pandai untuk membawa diri ketika berada di dalam penerbangan.

Fathia Latiff panas dengan Pramugari ini, tapi Fathia pula dikecam

Selasa, 6 Disember 2016

Sekitar pertunangan adik Fathia Latiff (15 gambar)

Selasa, 9 Ogos 2016

Fathia tindik di hidung.. PANAS

Isnin, 8 Ogos 2016

Nasib Fathia Latiff apabila dia memuatnaik gambar selfie dengan hidungnya bertindik. Walaupun Fathia menegaskan ianya adalah palsu, namun ramai beranggapan ianya tidak sesuai dengan imej Fathia yang terkini.

Ramai yang mengecam dan mengomen negatif terhadap tindakan Fathia itu.

Fathia punca Emma-Kamal rengang? ini jawapan Fathia..

Jumaat, 5 Ogos 2016

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menolak dakwaan mengatakan hubungan cintanya bersama Emma Maembong berantakan kerana orang ketiga, kini timbul pula nama Fathia Latiff yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu. Bagaimanapun, Fathia menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional.
“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanyalah khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kenalah profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.

Dulu pun dia ada pernah berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.

Fathia Latiff buka tudung di Sepanyol (2 gambar)

Khamis, 21 Julai 2016

Dengar khabar yang Fathia Latiff buka tudung ketika sesi penggambaran di Sepanyol baru-baru ini. Ramai yang tidak berpuashati dengan tindakan Fathia memandangkan ada yang sudah membeli tudung keluaran Fathia sebagai tanda sokongan namun Fathia melukan sendiri hati peminatnya itu.

Fathia Latiff minta ditaja RM35000 untuk beli undi?

Rabu, 18 Mei 2016

Menerusi ruangan Poklip di Utusan Malaysia beliau memberitahu ada seorang ahli perniagaan mengakui bahawa aktres jelita Fathia Latiff cuba untuk mendapatkan tajaan berjumlah RM35000 daripada beliau untuk membeli undi.

Mendengar pengakuan ahli perniagaan berkenaan, Poklip terus bertanyakan perkara tersebut kepada Fathia. Walaubagaimanapun, Fathia tidak menafikan ataupun mengiyakan dakwaan berkenaan.

Tidak apa, kita hanya dengar cerita disebelah pihak sahaja, nantikan pula penjelasan daripada Fathia sendiri berhubung isu ini. -Utusan Online

Fathia Latif ikut cakap Ustaz sebelum pakai upload gambar

Isnin, 16 Mei 2016

Pelakon Fathia Latiff yang kini telah berhijab penuh mengakui dirinya masih dalam peringkat belajar banyak perkara.

Disebabkan itu dia banyak merujuk dengan pakar agama, iaitu seorang ustaz yang banyak membantunya.
“Kebetulan saya mempunyai hubungan baik dgn seorang ustaz yang membantu saya untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Ustaz itu pernah meluluskan cara saya berpakaian sebelum gambar dimuat naik di laman sosial. Sebagai hambanya, saya berubah secara perlahan tetapi pasti,” katanya kepada Berita Harian Online.

Fathia Latiff bertudung nampak manis (6 gambar)

Ahad, 24 April 2016