Anak Norman Hakim buat kejutan dan mengharukan..

Pada: Selasa, 15 Ogos 2017
Anak sulung Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim mengejutkan ahli keluarga dan juga para nitizennya apabila dia bertindak menulis nota nama ahli keluarganya dan diletakkan di dalam Al-Quran.

Norman menerusi Instagram miliknya memberitahu beliau menjumpai nota itu di muka surat kosong naskhah kitab suci milik anak lelakinya itu.


"Semalam masa belek-belek Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama untuk check mana-mana bahagian ada yang koyak ke untuk dibaiki, jumpa nota ini dalam salah satu muka surat kosong Al-Quran dia.

"Hati macam dah teragak untuk tujuan apa nama-nama ini, tapi sekadar tanya dia balik takut salah permahaman," tulis Norman di Instagram miliknya
Menurut Norman lagi, anaknya itu menulis nota tersebut dengan tujuan berdoa kepada Allah untuk bersama keluarganya ke syurga.
"Abang... Senarai nama-nama ini semua untuk apa eh?" Dia Jawab kalaulah abang ada rezeki masuk syurga, abang buat nota ini untuk nak mintak pada Allah untuk kita semua masuk sekali.

"Katanya lagi, senarai nama ini dia cakap dia tulis tiga tahun lepas sebelum mama kahwin dengan abah @jaiezzany. Bila abah kahwin dengan mama, baru dimasukkan nama abah, arwah tok abah dan tok mah.

"MashaaAllah terima kasih abang @danishhakim_243 ingat pada kami semua. Semoga Allah S.W.T berkati niat abang tu. Aamiin YRA," katanya.

Tag : , , , , , ,