Pada:
Isnin, 10 Julai 2017
Dengar cerita yang Engku Emran dengan pelakon dari Indonesia Laudya Cinta Bella sedang bercinta. Ini dibuktikan yang masing-masing memuat status berkaitan antara satu dengan lainnya
Engku Emran menerusi laman sosialnya memuat naik sebuah video dengan kapsyen 'mind blowing' yang memperlihatkan seorang lelaki sedang menggunting sehelai kertas hitam yang pada akhirnya membentuk imej seorang wanita.
Laudya juga dikatakan memuat naik foto dan video dengan kapsyen berkaitan lelaki yang digelarnya sebagai E.
Sekeping kad dimuatnaik Laudya menerusi Insta Story pada jumaat seakan menjelaskan bahawa pasangan ini semakin terbuka berkongsi status hubungan dirinya bersama Engku Emran.
Menerusi beberapa video, E yang mungkin dirujuk sebagai Engku Emran dilihat turut berada dalam sebuah majlis yang disertai Laudya di Indonesia.
Laudya, 29, juga rakan baik kepada pelakon Nora Danish dikatakan sering meninggalkan komen dan tanda suka pada status Engku Emran.
Tag : Artis Bercinta , Artis Indonesia , Duda , Engku Emran , Gossip Artis , Instagram , Laudya Cinta Bella , Pelakon




