Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Engku Emran, Laudya Cynthia sudah berkahwin?

Rabu, 9 Ogos 2017


Dengar khabar yang Engku Emran bakal menikahi pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Menurut sumber, pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Berita ini turut menjadi tumpuan media Indonesia dengan mendapatkan kenyataan daripada Bella di Pondok Pinang, Jakarta, semalam.

Ada juga ura-ura yang mereka sudah berkahwin semalam. Mana satu yang benar?

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. -HarianMetro

Laudya Cinta Bella, Engku Emran bercinta? ini hint dari mereka berdua...

Isnin, 10 Julai 2017


Dengar cerita yang Engku Emran dengan pelakon dari Indonesia Laudya Cinta Bella sedang bercinta. Ini dibuktikan yang masing-masing memuat status berkaitan antara satu dengan lainnya